KELAS JAHIT TELEKUNG

Showing posts with label Mak tak suka masak..anak suka makan. Show all posts
Showing posts with label Mak tak suka masak..anak suka makan. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

MENU MUDAH SAYUR LEMAK ASIN ASIN









Pergi Pasar Chow Kit, macam macam ada. rambang mata.

Nampak sayur asin asin, ini panggilan orang utara. Orang selatan panggil pucuk manis.

Lama tak masak sayur lemak asin asin.  Pasangan dia mesti ada keledek baru sedap. 

Seikat RM2, sayur bertukar dengan duit. Terima kasih ucap si penjual.

4 biji keledek RM4. Santan RM2.


Basuh bersih daun asin asin. Lurut dari tangkai. 

Masukkan daun ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan.

Hiris bawang. Tumbuk sedikit udang kering. Masukkan kedalam periuk.

Masukkan ubi keledek yang di potong dadu.

Rebus hingga ubi hempok (loghat utara).

Pastu masukkan santan pekat, garam. Kacau berterusan supaya santan tidak bergentel atau naik minyak. 

Bila nampak mendidih boleh tutup api.

O ya, belah cili merah dan masukkan ke dalan masakan ketika sedang mendidih.


Sedap makan ini dengan ikan masin.

Yang penting anak anak makan dengan berselera dan pinggan licin.

Lagi satu, sambil masak kita basuh segala perkakas masak. Lepas masak rasa lega. Sinki pun bersih.




Tuesday, September 1, 2015

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL BELACAN












Ramai dah tahu buat ni tapi tak apa, boleh cerita lagi.

Ini masakan feveret anak anak.  Tak perlu banyak lauk pauk kalau ada ikan cencaru sumbat cabai.
Keluarga kami memang jarang masak banyak lauk pun.
Nak cepat selalu.

Tumbuk cabai dengan sedikit belacan dan garam.

Sebelum tu, siang ikan, belah belakang dan bersihkan elok elok, tos air.  Lumur dengan garam dan kunyit.

Sumbat ikan dengan sambal tadi.  Perap sekejap.

Goreng pada suhu minyak sederhana.


Ok...kawan ikan cencaru sumbat sambal belacan kali ni ialah timun rebus dengan lebihan cabai di lesong.

Thursday, August 13, 2015

NASI IKAN TENGGIRI



 Tumis 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan lawang. Minyak tak perlu banyak.


 Sebelum menumis goreng ikan dulu, ini 3 keping ikan tenggiri.

 2 cawan beras, basuh dan tos airnya. Cukup untuk 3 atau 4 orang makan.


 Kismis dibasuh dan tos airnya. 


 Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan air 2 cawan. Biar mendidih.


 Masukkan beras, beberapa minit kemudian ikan yang digoreng tadi.  Perlahan api. Masukkan kismis. Tutup periuk.  Balik balikkan beras, jika ada rasa mentah boleh tambah air.


Nasi ikan tenggiri seperti yang dimasak di atas telah menggunakan bahan bahan yang ada di dapur..
Kalau ada carrot boleh hiris dan campur sekali. Kalau ada badam pun sedap.
Daun kari boleh ganti dengan daun pudina tapi janganlah ditumis daun pudina tu.

O ya...kalau tak ada kuah tak lengkap jugak tapi kalau masak ekspres macam ni, tumbuk cabai buat sambal pun bolehlah jadi pelengkap.

Tuesday, August 4, 2015

IKAN MASAK CABAI







Masak ringkas...

goreng ikan..sambil tu..

tumbuk cabai, letak belacan dan garam.
bawang besar satu biji bawang putih 3 ulas..hiris.

lepas ikan siap digoreng, buang minyak tinggal 5 atau 6 camca.
masukkan bawang bawang, layu sikit, masukkan cabai tadi.
masukkan sedikit garam dan sos cili.
kacau kacau biar sebati dalam kuali.

Ok..siap untuk makan.


Thursday, March 26, 2015

ROTI O ROTI..






Akhirnya beli juga penimbang digital sebab anak anak dok merungut roti tak cuba buat lagi selepas kelas hari itu. Harga RM39...cikgu roti bagitahu RM29.90, harga sudah naik kah?

Ok..selepas ditimbang dan disukat segala bahan, diadun dan dibakar...jadilah roti sarang lebah tapi tak sesedap yang belajar dalam kelas. Mesti ada silap timbang air sebab adunan sikit melekit.

Apapun makan jugalah dicicah dengan sos butterscotch yang sedap.



Thursday, January 8, 2015

ROTI BURGER BAKAR




Ringkas je...roti panjang (french loaf) dihiris jadi kepingan. Rendam dalam susu cair n telur n sedikit garam. Daging burger dihancurkan..patut perap sekejap dgn lada hitam tapi tak sempat. Hiris daun bawang..parsley.
Sapu loyang dgn butter pastu letak roti yg sudah direndam tadi selapis. Tabur daging burger dan daun2. Selang seli hingga habis.
Bakar pada suhu 120 darjah selama 30 minit.
Siap simple dinner utk malam tadi.


Saturday, November 1, 2014




Masak simple, rebus rebusan. Nak bagi nama apa kepada rebusan ni..PINDANG TIMUN ok kot.


Tumbuk cili merah 2 biji, sedikit belacan. 2 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah.

Rebus bahan bahan yang ditumbuk dengan 3 cawan air.

Sementara menunggu rebusan mendidih, ambil sebiji timun, buang kulit dan potong serong serong.

Bila air rebusan mula mendidih, masukkan timun.

Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Tutup api bila timun lembut...jangan terlalu lembut.

Mudah, cepat dan sihat.

Alhamdulillah.


Monday, October 6, 2014

NASI ARAB MANDHY







Mak tak suka masak..anak suka makan.


Sempena Aidiladha, kita masak nasi Arab. Tak susah sebab beras, rempah ratus ada siap dalam peket.
Yang perlu disediakan sampingan ialah kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng, sedikit pewarna kuning dan tentunya daging ayam atau kambing.

Cara masak ada di kotak.

Rendam  beras basmathi selama 2 jam.
Toskan air.

Masukkan 700 liter air ke dalam periuk.
Panaskan dan masukkan rempah ratus.
Selepas mendidih masukkan ayam/daging dan rebus hingga lembut.
Garam 1 sudu makan.
Masukkan beras.
Tutup periuk.
Bila nasi dah masak, air dah kering, masukkan beberapa titik warna kuning dan gaul.
Kemudian masukkan5 sudu minyak zaitun (minyak biasa pun boleh), kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng.
Gaul rata dan tutup api.

Siap untuk dimakan.
Sorang mak, 5 orang anak dan sorang menantu.
Cukup untuk 7 orang.
Lebih orang pun boleh sebab setiap orang tambah lebih dari sekali.
Maknanya sedap le tu :)



Sunday, October 5, 2014

KETUPAT DAUN PISANG







Mak tak suka masak ..anak suka makan.

Pertama kali dalam sejarah hidup pada umur yang lanjut..ku masak ketupat daun pisang untuk santapan di pagi Hari Raya Qurban.

Mak kata ok..anak pun kata ok.

Resepi:

1 kg beras pulut di cuci bersih dan toskan air.
Secawan santan pekat sebab tak nak lemak sangat.
Sedikit garam.

Tanak beras pulut separuh masak.
Biar sejuk.

Daun pisang dipotong anggaran 2 tapak tangan dan bersihkan.  layor atas apai supaya lembut..amboi semua kena beli bila duduk bandar.

Letak sesenduk pulut yang dah agak sejuk tadi ke atas daun pisang. balut kemas dan ikat. Kain perca di gunting panjang untuk dijadikan tali pengikat.

Susun dalam pengukus.

Rebus air hingga mendidih baru pulut tadi dikukus selama lebih kurang 30 minit.

Bila sejuk baru potong.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...