KELAS JAHIT TELEKUNG

Showing posts with label KITAR SEMULA. Show all posts
Showing posts with label KITAR SEMULA. Show all posts

Wednesday, January 13, 2021

KITAR SEMULA LIDI SATE DAN BOTOL KACA


Projek suka suka kitar semula.

Lepas makan sate, lidi jangan dibuang.
Kita buat sate benang pulak.

Bahan2

Lidi sate
Glue gun dengan plastic glue
Botol kosong

Panaskan glue gun, letak di lidi ikut paras yang sesuai.
Sekejap je dah keras.

Letak dalam botol.
Susun sekoci.

Mudah nak pilih warna.


Wednesday, January 14, 2015

RAJIN DAN IKHLAS







Ini hasil kerja seorang ahli group Perca, Reja dan Barang Kitar Semula di facebook.

Pelbagai bahan kain digunakan untuk menghasilkan selimut selimut ini.

Lebihan kain polyester, lycra dan juga t shirt lama dicantum dan dilapis supaya selimut jadi berat dan selesa.

Ke mana arah perginya seleimut selimut? Ke Kelantan...untuk diagihkan kepada mangsa banjir, dengan harapan selimut selimut ini akan menghangatkan mereka. 

Sungguh terharu.

Saturday, July 20, 2013

KITAR SEMULA T SHIRT LAMA



 Pagi tadi tolong anak kemas almari baju dia, pastu t shirt yang dia tak nak pakai diasingkan. Kemudian kak zai dapat idea nak buat 'hanging pockets/organiser'


Caranya:
 Gunting tangan t shirt di bahu.

 Terbalikkan t shirt dan lipat ke atas. Ada lipatan di belakang dan hadapan.

 Pin bahagian ketiak dan tengah.

 Ini 2 tangan tadi, dicantum jadi poket.


 Poket dari tangan t shirt tadi dimasukkan kedalam lubang t shirt sebelah bawah. Jahit embroidery. Jahit juga di bahagian ketiak.


Siap.....semua sekali ada 7 poket.
Apa yang boleh disimpan dalam poket2 ni?
Macam2 boleh :)

Kalau gantung dalam almari boleh simpan:
Stokin..seluar kecik..baju kecik..anak tudung...etc etc
Boleh semat brooch di bahagian luar...kan senang cari dan pilih.

Kalau gantung di dapur boleh simpan:
Tuala..tissue paper..buku nota..pen..etc etc

SELAMAT MENCUBA

KITAR SEMULA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...