KELAS JAHIT TELEKUNG

Showing posts with label Masjid Al Khairiyah Seri Gombak. Show all posts
Showing posts with label Masjid Al Khairiyah Seri Gombak. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

KORBAN/AQIQAH MASJID AL KHAIRIYAH 10 ZULHIJJAH 1439/22 OGOS 2018






















18 ekor lembu dan seekor kambing disembelih untuk ibadah Korban dan Aqiqah.

Majlis meriah seperti selalu. Muslimin dan Muslimat bergotong royong menjayakan program sempena Hari Raya Korban.

Kerja yang dilakukan Muslimin lebih berat. Merebahkan lembu, menyembelih, melapah, memotong daging, memotong tulang.  

Muslimin juga memasak...sedap pulak tu.

Tugas Muslimat...potong daging saiz kecil, potong timun, carrot. Juga masukkan tulang ke dalam plastik untuk agihan. 

Suasana meriah dengan kehadiran ramai jemaah masjid yang menunggu agihan daging.  Kupon diagihkan kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan sekilo daging korban dan sebungkus tulang.

Setiap kali program korban ramai orang Rohingya dan Indonesia hadir.  Pemuda Rohingya akan membantu dalam semua proses korban.  Mereka sangat suka kepala lembu.  Itu yang mereka tunggu di akhir program sebelum makanan diagihkan.


Thursday, July 19, 2018

MAJLIS MERAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI 1439












MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK
12/7/18


Malam Jumaat selepas bacaan Yaasin, 94 orang bakal jemaah Haji dari kariah Seri Gombak telah diraikan dalam satu majlis yang diserikan dengan bacaan doa, tahlil dan cenderahati.

Didoakan semua mereka dapat menjalankan ibadah dengan lancar dan sempurna dan akhrnya mendapat Haji Mabrur.

Saturday, February 24, 2018













14 Februari 2018

Masjid Al Khairiyah menerima kunjungan pelawat cilik dari Tadika Genius Aulad Prima Gombak.

Seramai hampir 70 pelajar berumur dari 4 tahun ke 6 tahun diiringi guru guru mereka melawat kawasan tertentu di masjid.

Setiausaha Masjid Ustaz Rohisham memberi penerangan mengenai masjid sesuai umur mereka. 

















10 Februari 2019

Hari yang sangat sibuk di Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.

3 program berjalan serentak.

1.  Kuliah Dhuha Perdana Muslimat, Penceramah Ustazah Dr Robiah K Hamzah.

2.  Lawatan Muslimat Dun Seberang Takir, Terengganu seramai 46 orang.

3.  Kariah Day With Non Muslims.

Friday, February 23, 2018










Masjid Al Khairiyah dari masa ke semasa akan menerima lawatan dan kunjungan pegawai pegawai masjid masjid lain dari seleruh Semenanjung.

Lawatan pertama tahun 2018 ialah dari 11 pegawai Masjid USM Pulau Pinang pada 6 Februari 2018.

Setiausaha Masjid, Ustaz Rohisham memberi penerangan mengenai profil masjid di bilik mesyuarat.  Diikuti lawatan ke seluruh masjid.

Pelawat dijamu makan tengahari sebelum pulang.


SUDUT BACAAN SANTAI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK









Satu sudut di bahagian depan masjid yang agak tersorok tidak berapa digunakan.  Sudut ini menarik berbentuk bulat dengan tempat duduk. Kadang kadang digunakan bila ada program seperti aqiqah dan korban.

Kami, Helwa buat keputusan untuk jadikan sudut ini dan ruang sebelahnya sudut bacaan santai. Semoga memberi manfaat kepada jemaah masjid juga pelawat Darul Syifa ketika menunggu giliran rawatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...