KELAS JAHIT TELEKUNG

Showing posts with label CARA URUS JENAZAH. Show all posts
Showing posts with label CARA URUS JENAZAH. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

KURSUS JENAZAH DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 22/6/13




Ustaz Sharol memeulakan penerangan tentang peranan waris mengurus jenazah sebelum dibawa ke masjid. Adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membersihkan jenazah terutama dibahagian sulit, membuang lampin jika jenazah memakainya. Mengeluarkan gigi palsu. Menanggalkan barang kemas.

Waris perlu memaklumkan pihak masjid tentang kematian dan juga membuat report Polis. Ada beberapa borang yang perlu diisi.

Persediaan tempat letak jenazah, tempat yang tinggi saperti katil dan alas dengan beberapa helai kain yang bersih. Saperti dalam gambar, kain batik dilhampar dibahagian bawah sekali diikuti dengan dua keping kain putih yang panjangnya melebihi kepala dan kaki sebanyak 2 kaki.

Letak jenazah yang sudah bersih di atas kain putih tadi.

Tutup jenazah dengan sehelai lagi kain putih. Urut di bahagian tepi mata dan rahang supaya tertutup sempurna.


Senamkan tangan dan kaki jenazah.

Ikat di bahagian rahang.

Ikat pergelangan tangan.

Ikat di lutut.

Ikat di kaki.
Kain putih yang bawah sekali dibalut ke badan jenazah

Ikat di bahagian kaki.

Tak perlu ikat bahagian kepala..jenazah akan diziarahi.

Tutup dengan sehelai kain yang nipis.





Penerangan mengurus jenazah untuk dikapankan selepas selesai dimandikan. 

Kain putih dibentangkan..


Baju atau jubah yang tak berjahit..2 helai kain 3 segi dijadikan penutup kepala.

Bentangkan kapas.


Menutup aurat jenazah.






Membalut dan mengikat..siap dikapan.

Ini ialah proses memandikan jenazah yang dilakukan sebelum dikapankan.


Disiram air cendana..

..air kapur barus.

Dipakaikan cawat.

Bertemu rakan FB..Mas.

Sesungguhnya kematian itu pasti dan sentiasa menghampiri kita.
Kerjakan sebanyak mungkin amal yang makruf dan jauhkan kemungkaran. 

Anak yang soleh..jadilah imam solat jenazah ibu dan bapamu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...