KELAS JAHIT TELEKUNG

Showing posts with label OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG. Show all posts
Showing posts with label OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG. Show all posts

Monday, May 1, 2017

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017 DI PWTC




















29 April 2017, hari kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hari Sabtu, naik komuter dari Batu Caves, kena turun di stesen Putra. Jalan kaki ke  bangunan PWTC. Deretan bas sekolah dari pelbagai sekolah dan negeri. Masuk ke dalam bangunan, tidaklah sesak sangat.

Dewan pertama dicari tentulah Dewan Tun Hussein Onn di mana buku buku terbitan Karangkraf dipamer dan dijual.

Teruja nak tengok buku Oh Mudahnya Jahit Telekung di rak buku.

Jumpa pembeli buku online beberapa bulan lepas.  Dia kenal dan tegur.  Buku yang dia beli tentulah tinggal kat rumah jadi disuruhnya sain buku kraf mengait hasil tulisan Norhafizan Wan Pani.

Bila berada di medan buku, kita akan berselisih dengan penulis buku.  Antaranya Prof Kamil dan isterinya Roza, mereka bersama tetamu dari Sudan bernama Abla Ibtisam. Mungkinkah ini watak dalam buku tulisan anak mereka?

Jalan jalan ke reruai lain di level 1. Cari buku sahabat facebook yang kawin orang Turki dan tinggal di sana. What's Up Turks tajuk buku.

Jumpa juga buku autobiography Puan Padzilah Enda pengasas Telekung Siti Khadijah. Beli satu untuk bacaan inspirasi.

Pesta Buku berakhir 7 Mei, inshaAllah akan ke sana lagi.

Saturday, March 18, 2017

TRIP BUKIT TINGGI PADANG INDONESIA DARI 7 FEB KE 10 FEB 2017





















Hari kedua 8/2/17

Sarapan pagi di hotel. Sepatutnya 6.30 pagi tapi kena tunggu jugalah. Masa itu semua tunggu di lobi sambil pegang handphone. Hanya di lobi dapat internet percuma.

Menu sarapan ok..ada roti, kaya, marjerin dan toaster, sila buat sendiri roti bakar. Menu tempatan pun pelbagai.

Deni sudah menunggu.  Selepas sarapan kami naik bas menuju ke Pasar Aur Kuning. Kedai kedai menjual pakaian ada banyak.  Kedai menjual telekung sulam pun banyak. Kedai jual renda belum buka ketika kami sampai. Kedai tersebut hanya jual renda untuk telekung.  Jadi kami melawat kedai kedai lain dulu.  Harga memang murah banyak dari Malaysia. Pakaian siap, telekung siap semua lebih murah. Rambang mata jugalah.

Selesai membeli belah di Pasar Aur Kuning, kami makan tengahari dan selepas itu ke landmark Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang. Di kawasan ini ada Pasar Atas yang agak sunyi dan kurang pengunjung.  Kedai kedai lebih teratur jika dibanding dengan kedai di Pasar Aur Kuning.  Pasar Bawah ialah deretan lot gerai yang menjual pelbagai barangan.

Menarik...ramai preman yang memetik gitar sambil mengutip sumbangan. Ini tidak dipanggil mengemis, seolah ada usaha untuk mendapat wang.  Jurugambar juga ramai.  Mulanya ramai tak nak beli gambar group takut mahal harganya. Ya lah, di Malaysia sekeping mau sampai RM50. Bila ditanya berapa harga sekeping gambar ternyata hanya Rupiah20,000 atau RM6. 
Murahnya! Semua ahli group beli sekeping untuk kenangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...