KELAS JAHIT TELEKUNG

Saturday, August 25, 2018

TRIP KE UTARA 28-30 JULAI - HARI KEDUA KUALA PERLIS, ARAU, PADANG BESAR




















Hari ke2....

Dari AB Motel, Pantai Cenang ke Arau seawal 8.30 pagi.  Rancangan awal nak melawat  pejabat Adun tetapi premis lengang jadi kami terus ke jeti untuk ke Kuala Perlis.

Tiket berharga RM18 seorang.  Kami beli online sebelum bertolak ke utara.

Penumpang penuh dengan pelancong tempatan juga luar negara.

Naik feri dengan beg beg berat agak memenatkan tetapi berkat kerjasama antara ahli rombongan, semuanya beres. Setiap seorang bertambah beg selepas membeli belah di Langkawi.
Dalam feri ada bahagian bagasi, kita kena susun sendiri.

Laut tenang, cuaca baik dan kami sampai di Kuala Perlis selepas 1 jam 15 minit pelayaran.

Van dan pemandu sudah lama menunggu di jeti. Angkut beg beg berat ke dalam van 14 seater. Kami tanya pemandu tempat makan yang sedap, dia cadangkan gerai nasi daging tetapi hari tu gerai tutup. Bukan rezeki kami nak merasa nasi daging Kuala Perlis.

Kami buat keputusan terus ke homestay di Arau untuk simpan beg kemudian terus ke Padang Besar.
Makan tengahari di Padang Besar, menu Siam, tomyam lah. Saya pilih makan mangga pulut dengan santan. Sedap.

Apa yang ada di Padang Besar...?

Tak ada yang special sangat, harga pun biasa tak boleh tawar menawar mungkin sebab hari minggu ramai pelawat.

Pulang ke homestay. Berehat.

Malam kami ke Masjid Al Hussain, Kuala Perlis. Masjid yang cantik berhampiran jeti, juga dikenali sebagai Masjid Terapong.  Malam tu air laut surut. Masjid diterangi lampu, jemaah baru selesai solat Isyak. Dari jauh nampak makanan dalam pek diagihkan kepada para jemaah yang mahu pulang.

Walaupun ini lawatan tidak rasmi, kami sempat beramah mesra dengan AJK Muslimat walau hanya seketika.

Tak jauh dari masjid ada medan ikan bakar. Kami singgah untuk makan malam yang lewat.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...