KELAS JAHIT TELEKUNG

Monday, August 6, 2018

TRIP HELWA KE UTARA 28 -30 JULAI - HARI PERTAMA LANGKAWI
































Keterujaan trip ke utara bersama sahabat sahabat AJK HELWA.

Pada asalnya nak naik ETS ke Padang Besar, lawatan hanya ke Padang Besar, entah macam mana berubah ke Langkawi dulu menaiki penerbangan Airasia.

Flight pukul 7.55 pagi, biasalah kena ke KLIA2 awal. Sudah janji, pukul 4 pagi berkumpul di Masjid lepas tu ke KL Sentral menaiki kereta. Ada suami suami yang hantar jadi kami tumpang. 3 buah kereta semuanya untuk 11 orang sahabat trip.

Sampai di KL Sentral pukul 4.30 pagi terus turun ke bawah beli tiket bas ke KLIA2. Harga tiket RM12. Perjalanan ke KLIA2 mengambil masa satu jam tetapi kami sampai lebih awal.  Biasalah awal pagi trafik kurang.

Balai pelepasan dah penuh dengan orang ramai.  Kami dengar azan dan terus ke surau.

Flight sedikit lewat.

Penerbangan ke Langkawi menempuh awan hujan yang tak berapa tebal, penerbangan ketika hujan lebat atau tidak akan membuat kita sedikit gusar.

Sampai di airport Kuah sejam lebih sedikit, airport tak sibuk.

Pemandu van sudah menunggu.  Kami terus ke Masjid Al Hana untuk lawatan rasmi. Sambutan meriah dan ramah oleh AJK Hawa terpahat dalam ingatan.  Selesai taklimat oleh Setiausaha Masjid, ada sesi taaruf antara AJK HELWA Masjid Al Khairiyah dengan HAWA Masjid Al Hana.

Kemudian kami dijamu nasi ayam dan kuih muih. Kebetulan pada hari tersebut ada majlis perkahwinan, kami dijemput dan makan lagi. Disebabkan sudah kenyang, saya jamah sikit kuih. Sahabat lain yang makan laksa kata sedap.

Tengah hari kami ke AB Motel, Pantai Cenang untuk rehat, solat dan simpan beg.

Sesi membeli belah bermula di Rams kemudian di HIG (Haji Ismail Group).  Rambang mata tengok coklat dan coklat dan coklat. Juga pinggan mangkuk dan pelbagai barangan dapur.  Sahabat yang tak dapat menahan melihat terus membeli walau sedikit.  Masalahnya ialah berat nak bawa balik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...