18 ekor lembu dan seekor kambing disembelih untuk ibadah Korban dan Aqiqah.
Majlis meriah seperti selalu. Muslimin dan Muslimat bergotong royong menjayakan program sempena Hari Raya Korban.
Kerja yang dilakukan Muslimin lebih berat. Merebahkan lembu, menyembelih, melapah, memotong daging, memotong tulang.
Muslimin juga memasak...sedap pulak tu.
Tugas Muslimat...potong daging saiz kecil, potong timun, carrot. Juga masukkan tulang ke dalam plastik untuk agihan.
Suasana meriah dengan kehadiran ramai jemaah masjid yang menunggu agihan daging. Kupon diagihkan kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan sekilo daging korban dan sebungkus tulang.
Setiap kali program korban ramai orang Rohingya dan Indonesia hadir. Pemuda Rohingya akan membantu dalam semua proses korban. Mereka sangat suka kepala lembu. Itu yang mereka tunggu di akhir program sebelum makanan diagihkan.
No comments:
Post a Comment