KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, August 26, 2018

KORBAN/AQIQAH MASJID AL KHAIRIYAH 10 ZULHIJJAH 1439/22 OGOS 2018






















18 ekor lembu dan seekor kambing disembelih untuk ibadah Korban dan Aqiqah.

Majlis meriah seperti selalu. Muslimin dan Muslimat bergotong royong menjayakan program sempena Hari Raya Korban.

Kerja yang dilakukan Muslimin lebih berat. Merebahkan lembu, menyembelih, melapah, memotong daging, memotong tulang.  

Muslimin juga memasak...sedap pulak tu.

Tugas Muslimat...potong daging saiz kecil, potong timun, carrot. Juga masukkan tulang ke dalam plastik untuk agihan. 

Suasana meriah dengan kehadiran ramai jemaah masjid yang menunggu agihan daging.  Kupon diagihkan kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan sekilo daging korban dan sebungkus tulang.

Setiap kali program korban ramai orang Rohingya dan Indonesia hadir.  Pemuda Rohingya akan membantu dalam semua proses korban.  Mereka sangat suka kepala lembu.  Itu yang mereka tunggu di akhir program sebelum makanan diagihkan.


TRIP KE UTARA 28 - 30 - HARI AKHIR

























Hari akhir 30/7/18.

Kami ke Pejabat Pertanian Perlis di sebelah pagi.

Disambut pegawai Pertanian, lupa nama beliau.

Kami dibawa ke Ladang Anggur  beberapa kilometer dari Pejabat induk.

Cuaca agak mendung.

Satu pengalaman baru melawat tapak semaian juga ladang anggur.  Pokok anggur ditanam di tepian satu kawasan yang bertutup dengan net hitam.  Dahan setiap pokok menjalar di atas palang kayu dan bertemu antara sama lain. Buah anggur bergantungan, untuk ambil gambar kami mesti dongak ke atas dan panjat binaan simen di keliling pokok.

Net perlu diletak untuk elak buah dimakan burung.

Ketika lawatan buah anggur belum masak, kena tunggu 10 hari lagi.

Terdapat juga percubaan menanam pokok Gek (lebihkurang gitulah sebutan) dari Vietnam.
Buah warna kuning, bila masak akan berwarna merah. Bagaimana rasa buak gek agaknya.

Seterusnya kami dibawa ke ladang harum manis. Pegawai pertanian memberi penerangan panjang lebar mengenai asal usul, penanaman, proses pertumbuhan dan pemasaran. 

Buah yang sedia untuk jualan dipetik, tidak dibiarkan masak di pokok. Ada bentuk dan sifat tertentu untuk menentukan harga pasaran.  Buah harum manis yang tidak menepati piawaian diproses menjadi kordial dan aiskrim.

Hujan turun dengan lebat tetapi kami makan aiskrim harum manis yang manis enak.

Selesai lawatan kami pulang ke homestay untuk mengemas beg juga membersih rumah tersebut.  Tiada kotoran dan sampah ditinggalkan.

Trip pulang ke Batu Caves bermula.

Bertolak ke stesyen keretapi Arau untuk menaiki ETS pada pukul 5.35 petang.

Banyaknya beg kami.  Penuh dengan coklat tentunya juga lain lain belian di Langkawi dan Padang Besar.

Koc kami di bahagian hadapan  mudah simpan bagasi di atas rak rak yang disediakan.  Penuhlah rak rak tersebut dengan beg makcik makcik jemaah Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.

Kami tiba di KL Sentral pukul 10 malam..lebih sikit.

Oh ya,,,kami naik ETS Platinum. Tiket RM98 dan untuk warga emas RM53.

Seronok bermusafir dengan kawan kawan.  11 orang dan semua bekerjasama dalam semua hal. Tidak berkira tenaga, wang dan sentiasa berkongsi makanan.

Next trip girls?

InshaAllah.             


Saturday, August 25, 2018

TRIP KE UTARA 28-30 JULAI - HARI KEDUA KUALA PERLIS, ARAU, PADANG BESAR




















Hari ke2....

Dari AB Motel, Pantai Cenang ke Arau seawal 8.30 pagi.  Rancangan awal nak melawat  pejabat Adun tetapi premis lengang jadi kami terus ke jeti untuk ke Kuala Perlis.

Tiket berharga RM18 seorang.  Kami beli online sebelum bertolak ke utara.

Penumpang penuh dengan pelancong tempatan juga luar negara.

Naik feri dengan beg beg berat agak memenatkan tetapi berkat kerjasama antara ahli rombongan, semuanya beres. Setiap seorang bertambah beg selepas membeli belah di Langkawi.
Dalam feri ada bahagian bagasi, kita kena susun sendiri.

Laut tenang, cuaca baik dan kami sampai di Kuala Perlis selepas 1 jam 15 minit pelayaran.

Van dan pemandu sudah lama menunggu di jeti. Angkut beg beg berat ke dalam van 14 seater. Kami tanya pemandu tempat makan yang sedap, dia cadangkan gerai nasi daging tetapi hari tu gerai tutup. Bukan rezeki kami nak merasa nasi daging Kuala Perlis.

Kami buat keputusan terus ke homestay di Arau untuk simpan beg kemudian terus ke Padang Besar.
Makan tengahari di Padang Besar, menu Siam, tomyam lah. Saya pilih makan mangga pulut dengan santan. Sedap.

Apa yang ada di Padang Besar...?

Tak ada yang special sangat, harga pun biasa tak boleh tawar menawar mungkin sebab hari minggu ramai pelawat.

Pulang ke homestay. Berehat.

Malam kami ke Masjid Al Hussain, Kuala Perlis. Masjid yang cantik berhampiran jeti, juga dikenali sebagai Masjid Terapong.  Malam tu air laut surut. Masjid diterangi lampu, jemaah baru selesai solat Isyak. Dari jauh nampak makanan dalam pek diagihkan kepada para jemaah yang mahu pulang.

Walaupun ini lawatan tidak rasmi, kami sempat beramah mesra dengan AJK Muslimat walau hanya seketika.

Tak jauh dari masjid ada medan ikan bakar. Kami singgah untuk makan malam yang lewat.






Monday, August 6, 2018

TRIP HELWA KE UTARA 28 -30 JULAI - HARI PERTAMA LANGKAWI
































Keterujaan trip ke utara bersama sahabat sahabat AJK HELWA.

Pada asalnya nak naik ETS ke Padang Besar, lawatan hanya ke Padang Besar, entah macam mana berubah ke Langkawi dulu menaiki penerbangan Airasia.

Flight pukul 7.55 pagi, biasalah kena ke KLIA2 awal. Sudah janji, pukul 4 pagi berkumpul di Masjid lepas tu ke KL Sentral menaiki kereta. Ada suami suami yang hantar jadi kami tumpang. 3 buah kereta semuanya untuk 11 orang sahabat trip.

Sampai di KL Sentral pukul 4.30 pagi terus turun ke bawah beli tiket bas ke KLIA2. Harga tiket RM12. Perjalanan ke KLIA2 mengambil masa satu jam tetapi kami sampai lebih awal.  Biasalah awal pagi trafik kurang.

Balai pelepasan dah penuh dengan orang ramai.  Kami dengar azan dan terus ke surau.

Flight sedikit lewat.

Penerbangan ke Langkawi menempuh awan hujan yang tak berapa tebal, penerbangan ketika hujan lebat atau tidak akan membuat kita sedikit gusar.

Sampai di airport Kuah sejam lebih sedikit, airport tak sibuk.

Pemandu van sudah menunggu.  Kami terus ke Masjid Al Hana untuk lawatan rasmi. Sambutan meriah dan ramah oleh AJK Hawa terpahat dalam ingatan.  Selesai taklimat oleh Setiausaha Masjid, ada sesi taaruf antara AJK HELWA Masjid Al Khairiyah dengan HAWA Masjid Al Hana.

Kemudian kami dijamu nasi ayam dan kuih muih. Kebetulan pada hari tersebut ada majlis perkahwinan, kami dijemput dan makan lagi. Disebabkan sudah kenyang, saya jamah sikit kuih. Sahabat lain yang makan laksa kata sedap.

Tengah hari kami ke AB Motel, Pantai Cenang untuk rehat, solat dan simpan beg.

Sesi membeli belah bermula di Rams kemudian di HIG (Haji Ismail Group).  Rambang mata tengok coklat dan coklat dan coklat. Juga pinggan mangkuk dan pelbagai barangan dapur.  Sahabat yang tak dapat menahan melihat terus membeli walau sedikit.  Masalahnya ialah berat nak bawa balik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...