Saturday, March 18, 2017
TRIP BUKIT TINGGI PADANG INDONESIA DARI 7 FEB KE 10 FEB 2017
Hari kedua 8/2/17
Sarapan pagi di hotel. Sepatutnya 6.30 pagi tapi kena tunggu jugalah. Masa itu semua tunggu di lobi sambil pegang handphone. Hanya di lobi dapat internet percuma.
Menu sarapan ok..ada roti, kaya, marjerin dan toaster, sila buat sendiri roti bakar. Menu tempatan pun pelbagai.
Deni sudah menunggu. Selepas sarapan kami naik bas menuju ke Pasar Aur Kuning. Kedai kedai menjual pakaian ada banyak. Kedai menjual telekung sulam pun banyak. Kedai jual renda belum buka ketika kami sampai. Kedai tersebut hanya jual renda untuk telekung. Jadi kami melawat kedai kedai lain dulu. Harga memang murah banyak dari Malaysia. Pakaian siap, telekung siap semua lebih murah. Rambang mata jugalah.
Selesai membeli belah di Pasar Aur Kuning, kami makan tengahari dan selepas itu ke landmark Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang. Di kawasan ini ada Pasar Atas yang agak sunyi dan kurang pengunjung. Kedai kedai lebih teratur jika dibanding dengan kedai di Pasar Aur Kuning. Pasar Bawah ialah deretan lot gerai yang menjual pelbagai barangan.
Menarik...ramai preman yang memetik gitar sambil mengutip sumbangan. Ini tidak dipanggil mengemis, seolah ada usaha untuk mendapat wang. Jurugambar juga ramai. Mulanya ramai tak nak beli gambar group takut mahal harganya. Ya lah, di Malaysia sekeping mau sampai RM50. Bila ditanya berapa harga sekeping gambar ternyata hanya Rupiah20,000 atau RM6.
Murahnya! Semua ahli group beli sekeping untuk kenangan.
TRIP BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA 7 FEB HINGGA 10 FEB 2017
Sudah sebulan lebih baru ada masa nak update trip ke Bukit Tinggi, Padang.
Berbulan juga merancang. Kami geng penjahit telekung dalam misi mencari renda dan kain.
Ada beberapa orang yang datang dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selebihnya dari KL, Selangor dan N Sembilan. Meriah sungguh bila majoriti bertemu pertama kali selepas kenal lama dalam Facebook.
Hari pertama 7/2/17
Penerbangan AirAsia dari KLIA2 pada pukul 1.55 petang waktu Malaysia.
Sampai Bandara Minagkabau disambut Deni, pemandu pelancung dari Zahira Tours. Beliau dibantu seorang pemandu dan seorang lagi pemuda. Kenderaan yang digunakan ialah bas mini yang muat 27 orang ahli rombongan. OK selesa.
Selesai urusan bagasi dan imigresen kami dibawa makan tengahari. Boleh kata makan lewat petang. Restoran di sini dipanggil Rumah makan. Makanan sedap, semua harga dikira dalam kos ground termasuk minuman air mineral. Jika nak minum jus buah kena bayar sendiri. Jus avocado hanya Rupiah15000, duit kita lebihkurang RM5. Wah murahnya jika dibanding dengan harga di restoran Minang di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Lepas makan kami dibawa ke Bukit Tinggi. Perjalanan hampir 2 jam. Singgah di Air Terjun Lembah Anai. Air terjun terletak di tepi jalan. Ramai jugak pelancong tempatan yang singgah. Jalan menuju Bukit Tinggi seperti mendaki, ya lah nama pun Bukit Tinggi. Deni sangat arif dengan sejarah tempat dia. Rupanya di sinilah lahir cerdik pandai dan alim ulama termasuk Hamka. Hebat mereka.
Persinggahan seterusnya di kedai Putri Minang yang menjual telekung sulam, batik, baju siap bersulam juga kain pasang bersulam. Mood membeli belum ada. Lihat lihat saja.
Kami sampai ke Hotel Gran Malindo selepas waktu Maghrib. Chek in, solat, rehat sebentar kemudian dibawa makan malam.
Balik dari rumah makan, nampak kawan kawan bawa beg plastik, rupanya ada peniaga diluar hotel. Rajin dan gigih.
Sunday, November 13, 2016
LAWATAN ANTARA MASJID
Masjid Al Khairiyah menerima kunjungan 36 jemaah dari Masjid Al Siraj Batu 23 Sg Nibong, Sabak Bernam pada 12 November 2016.
Kujungan disambut mesra dan mereka teruja bila diberi taklimat tentang pengurusan masjid oleh setiausaha. Mereka juga dibawa melawat ruang ruang masjid.
Saturday, November 12, 2016
Untungnya, semua perca sudah digunting mengikut saiz tertentu jadi sangat menyenangkan kerja mencantum.
Beg beg di atas dijahit dengan menggunakan zip 7". Kain gam digunakan untuk bagi keras sikit juga di alas kain putih lebihan jahit telekung.
InshaAllah akan dijual di masjid Al Khairiyah selepas kuliah Kesempurnaan Solat.
Semua dana akan diserahkan kepada tabung sekolah tahfiz Almarhum Ustaz Fadzil Yamani.
Wednesday, November 9, 2016
MENU MUDAH SAYUR LEMAK ASIN ASIN
Pergi Pasar Chow Kit, macam macam ada. rambang mata.
Nampak sayur asin asin, ini panggilan orang utara. Orang selatan panggil pucuk manis.
Lama tak masak sayur lemak asin asin. Pasangan dia mesti ada keledek baru sedap.
Seikat RM2, sayur bertukar dengan duit. Terima kasih ucap si penjual.
4 biji keledek RM4. Santan RM2.
Basuh bersih daun asin asin. Lurut dari tangkai.
Masukkan daun ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan.
Hiris bawang. Tumbuk sedikit udang kering. Masukkan kedalam periuk.
Masukkan ubi keledek yang di potong dadu.
Rebus hingga ubi hempok (loghat utara).
Pastu masukkan santan pekat, garam. Kacau berterusan supaya santan tidak bergentel atau naik minyak.
Bila nampak mendidih boleh tutup api.
O ya, belah cili merah dan masukkan ke dalan masakan ketika sedang mendidih.
Sedap makan ini dengan ikan masin.
Yang penting anak anak makan dengan berselera dan pinggan licin.
Lagi satu, sambil masak kita basuh segala perkakas masak. Lepas masak rasa lega. Sinki pun bersih.
Sunday, October 30, 2016
KULIAH DHUHA DAN SOLAT TASBIH KE 3 MUSLIMAT MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK
Program terakhir khas untuk muslimat anjuran Helwa Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.
Penceremah Ustazah Ros Izanuri yang sememangnya rapat di hati muslimat semua.
Wednesday, October 26, 2016
SEPAGI DI TASIK METROPOLITAN KEPONG
Ketika menghampiri hujung track, nampak seorang perempuan berjalan sambil diikuti seekor anak kucing yang comel.
Bijaknya dia, berjalan tanpa perlu diikat.
Puan dia panggil "mocha...mocha"
O..nama dia mocha, sesuai sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)















































