KELAS JAHIT TELEKUNG

Saturday, March 18, 2017

TRIP BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA 7 FEB HINGGA 10 FEB 2017














Sudah sebulan lebih baru ada masa nak update trip ke Bukit Tinggi, Padang.
Berbulan juga merancang. Kami geng penjahit telekung dalam misi mencari renda dan kain. 
Ada beberapa orang yang datang dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selebihnya dari KL, Selangor dan N Sembilan. Meriah sungguh bila majoriti bertemu pertama kali selepas kenal lama dalam Facebook.

Hari pertama 7/2/17

Penerbangan AirAsia dari KLIA2 pada pukul 1.55 petang waktu Malaysia.

Sampai Bandara Minagkabau disambut Deni, pemandu pelancung dari Zahira Tours. Beliau dibantu seorang pemandu dan seorang lagi pemuda. Kenderaan yang digunakan  ialah bas mini yang muat 27 orang ahli rombongan.  OK selesa.

Selesai urusan bagasi dan imigresen kami dibawa makan tengahari. Boleh kata makan lewat petang. Restoran di sini dipanggil Rumah makan. Makanan sedap, semua harga dikira dalam kos ground termasuk minuman air mineral. Jika nak minum jus buah kena bayar sendiri. Jus avocado hanya Rupiah15000, duit kita lebihkurang RM5. Wah murahnya jika dibanding dengan harga di restoran Minang di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Lepas makan kami dibawa ke Bukit Tinggi. Perjalanan hampir 2 jam. Singgah di Air Terjun Lembah Anai.  Air terjun terletak di tepi jalan. Ramai jugak pelancong tempatan yang singgah.  Jalan menuju Bukit Tinggi seperti mendaki, ya lah nama pun Bukit Tinggi.  Deni sangat arif dengan sejarah tempat dia. Rupanya di sinilah lahir cerdik pandai dan alim ulama termasuk Hamka. Hebat mereka.

Persinggahan seterusnya di kedai Putri Minang yang menjual telekung sulam, batik, baju siap bersulam juga kain pasang bersulam.  Mood membeli belum ada. Lihat lihat saja. 

Kami sampai ke Hotel Gran Malindo selepas waktu Maghrib. Chek in, solat, rehat sebentar kemudian dibawa makan malam.

Balik dari rumah makan, nampak kawan kawan bawa beg plastik, rupanya ada peniaga diluar hotel. Rajin dan gigih.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...