KELAS JAHIT TELEKUNG

Saturday, March 18, 2017

TRIP BUKIT TINGGI PADANG INDONESIA DARI 7 FEB KE 10 FEB 2017





















Hari kedua 8/2/17

Sarapan pagi di hotel. Sepatutnya 6.30 pagi tapi kena tunggu jugalah. Masa itu semua tunggu di lobi sambil pegang handphone. Hanya di lobi dapat internet percuma.

Menu sarapan ok..ada roti, kaya, marjerin dan toaster, sila buat sendiri roti bakar. Menu tempatan pun pelbagai.

Deni sudah menunggu.  Selepas sarapan kami naik bas menuju ke Pasar Aur Kuning. Kedai kedai menjual pakaian ada banyak.  Kedai menjual telekung sulam pun banyak. Kedai jual renda belum buka ketika kami sampai. Kedai tersebut hanya jual renda untuk telekung.  Jadi kami melawat kedai kedai lain dulu.  Harga memang murah banyak dari Malaysia. Pakaian siap, telekung siap semua lebih murah. Rambang mata jugalah.

Selesai membeli belah di Pasar Aur Kuning, kami makan tengahari dan selepas itu ke landmark Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang. Di kawasan ini ada Pasar Atas yang agak sunyi dan kurang pengunjung.  Kedai kedai lebih teratur jika dibanding dengan kedai di Pasar Aur Kuning.  Pasar Bawah ialah deretan lot gerai yang menjual pelbagai barangan.

Menarik...ramai preman yang memetik gitar sambil mengutip sumbangan. Ini tidak dipanggil mengemis, seolah ada usaha untuk mendapat wang.  Jurugambar juga ramai.  Mulanya ramai tak nak beli gambar group takut mahal harganya. Ya lah, di Malaysia sekeping mau sampai RM50. Bila ditanya berapa harga sekeping gambar ternyata hanya Rupiah20,000 atau RM6. 
Murahnya! Semua ahli group beli sekeping untuk kenangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...