Saturday, November 1, 2014
Masak simple, rebus rebusan. Nak bagi nama apa kepada rebusan ni..PINDANG TIMUN ok kot.
Tumbuk cili merah 2 biji, sedikit belacan. 2 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah.
Rebus bahan bahan yang ditumbuk dengan 3 cawan air.
Sementara menunggu rebusan mendidih, ambil sebiji timun, buang kulit dan potong serong serong.
Bila air rebusan mula mendidih, masukkan timun.
Akhir sekali masukkan sedikit garam.
Tutup api bila timun lembut...jangan terlalu lembut.
Mudah, cepat dan sihat.
Alhamdulillah.
Wednesday, October 8, 2014
HANGING NOTEPAD
Recycling is fun.
I made this hanging notepad from old flyers and old key chains.
Tool needed: a puncture
Added item: a pen
Monday, October 6, 2014
NASI ARAB MANDHY
Mak tak suka masak..anak suka makan.
Sempena Aidiladha, kita masak nasi Arab. Tak susah sebab beras, rempah ratus ada siap dalam peket.
Yang perlu disediakan sampingan ialah kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng, sedikit pewarna kuning dan tentunya daging ayam atau kambing.
Cara masak ada di kotak.
Rendam beras basmathi selama 2 jam.
Toskan air.
Masukkan 700 liter air ke dalam periuk.
Panaskan dan masukkan rempah ratus.
Selepas mendidih masukkan ayam/daging dan rebus hingga lembut.
Garam 1 sudu makan.
Masukkan beras.
Tutup periuk.
Bila nasi dah masak, air dah kering, masukkan beberapa titik warna kuning dan gaul.
Kemudian masukkan5 sudu minyak zaitun (minyak biasa pun boleh), kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng.
Gaul rata dan tutup api.
Siap untuk dimakan.
Sorang mak, 5 orang anak dan sorang menantu.
Cukup untuk 7 orang.
Lebih orang pun boleh sebab setiap orang tambah lebih dari sekali.
Maknanya sedap le tu :)
Sunday, October 5, 2014
KETUPAT DAUN PISANG
Mak tak suka masak ..anak suka makan.
Pertama kali dalam sejarah hidup pada umur yang lanjut..ku masak ketupat daun pisang untuk santapan di pagi Hari Raya Qurban.
Mak kata ok..anak pun kata ok.
Resepi:
1 kg beras pulut di cuci bersih dan toskan air.
Secawan santan pekat sebab tak nak lemak sangat.
Sedikit garam.
Tanak beras pulut separuh masak.
Biar sejuk.
Daun pisang dipotong anggaran 2 tapak tangan dan bersihkan. layor atas apai supaya lembut..amboi semua kena beli bila duduk bandar.
Letak sesenduk pulut yang dah agak sejuk tadi ke atas daun pisang. balut kemas dan ikat. Kain perca di gunting panjang untuk dijadikan tali pengikat.
Susun dalam pengukus.
Rebus air hingga mendidih baru pulut tadi dikukus selama lebih kurang 30 minit.
Bila sejuk baru potong.
Saturday, May 24, 2014
BANDUNG TRIP 19 MAY - 22 MAY 2014
Ya...orang Bandung yang kecil molek sangat peramah. Ke mana pergi di sapa.
Mereka pandai melayan tetamu. Mereka rajin menjaja.
Pemandangan di mana mana ialah pemuda pemuda yang menjual pelbagai barang dan makanan juga minuman.
Sungguh rajin.
Subscribe to:
Posts (Atom)













