Monday, October 3, 2016
NIKAH PERDANA 2016 MASJID AL KHAIRIYAH SEI GOMBAK
NIKAH PERDANA 2016 BERSAMAAN 1 MUHARRAM 1438
Sempena awal Muharram 1438, bermulalah kehidupan suami isteri 10 pasangan muda yang telah diijabkabul dalam satu majlis yang meriah di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.
Setiap pasangan membayar RM1K untuk majlis termasuk makanan untuk 50 tetamu, 2 pasang pakaian pengantin, penggunaan bilik nikah.
Persiapan majlis dilakukan beberapa bulan sebelum majlis. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis dari awal sehingga akhir.
10 pasangan
Bergandingan
Diikat dengan lafazan
Semoga mereka hidup aman damai dan bahagia sehingga akhir hayat.
Tuesday, September 1, 2015
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL BELACAN
Ramai dah tahu buat ni tapi tak apa, boleh cerita lagi.
Ini masakan feveret anak anak. Tak perlu banyak lauk pauk kalau ada ikan cencaru sumbat cabai.
Keluarga kami memang jarang masak banyak lauk pun.
Nak cepat selalu.
Tumbuk cabai dengan sedikit belacan dan garam.
Sebelum tu, siang ikan, belah belakang dan bersihkan elok elok, tos air. Lumur dengan garam dan kunyit.
Sumbat ikan dengan sambal tadi. Perap sekejap.
Goreng pada suhu minyak sederhana.
Ok...kawan ikan cencaru sumbat sambal belacan kali ni ialah timun rebus dengan lebihan cabai di lesong.
Thursday, August 13, 2015
NASI IKAN TENGGIRI
Tumis 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan lawang. Minyak tak perlu banyak.
Sebelum menumis goreng ikan dulu, ini 3 keping ikan tenggiri.
2 cawan beras, basuh dan tos airnya. Cukup untuk 3 atau 4 orang makan.
Kismis dibasuh dan tos airnya.
Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan air 2 cawan. Biar mendidih.
Masukkan beras, beberapa minit kemudian ikan yang digoreng tadi. Perlahan api. Masukkan kismis. Tutup periuk. Balik balikkan beras, jika ada rasa mentah boleh tambah air.
Nasi ikan tenggiri seperti yang dimasak di atas telah menggunakan bahan bahan yang ada di dapur..
Kalau ada carrot boleh hiris dan campur sekali. Kalau ada badam pun sedap.
Daun kari boleh ganti dengan daun pudina tapi janganlah ditumis daun pudina tu.
O ya...kalau tak ada kuah tak lengkap jugak tapi kalau masak ekspres macam ni, tumbuk cabai buat sambal pun bolehlah jadi pelengkap.
Tuesday, August 4, 2015
IKAN MASAK CABAI
Masak ringkas...
goreng ikan..sambil tu..
tumbuk cabai, letak belacan dan garam.
bawang besar satu biji bawang putih 3 ulas..hiris.
lepas ikan siap digoreng, buang minyak tinggal 5 atau 6 camca.
masukkan bawang bawang, layu sikit, masukkan cabai tadi.
masukkan sedikit garam dan sos cili.
kacau kacau biar sebati dalam kuali.
Ok..siap untuk makan.
Friday, July 31, 2015
DISPOSAL OF PRAWNS' HEADS AND SHELLS.
Prawn heads and shells can be very smelly. Usually I dispose the shells by blending them into liquid. Just put all into a blender add sufficient water and blend. The liquid is then poured down the sewer.
I find this method more hygienic and keeps the kitchen odor free.
While browsing a few blogs, I came across one that make prawn stock.
Thursday, July 30, 2015
Wednesday, June 10, 2015
MY THOUGHTS...
Take a minute to ponder...
No need to wonder..
You are what you choose to be..
You are where you want to be..
No need to wonder..
You are what you choose to be..
You are where you want to be..
I put my fingers on the keyboard..
My mind thinking..
Better keep my thoughts to myself...
I find peace thinking silently.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































