KELAS JAHIT TELEKUNG

Saturday, March 18, 2017

TRIP BUKIT TINGGI PADANG, INDONESIA 7 FEB HINGGA 10 FEB 2017













Hampir terlupa satu lawatan hari ketiga. 9/2/17.

Selepas lawatan ke kilang pisang salai dan kopi, kami terus ke Istano Basa Pagar Ruyung.

Disapa petugas dan dipelawa mengenakan pakaian istana pada kadar Rupiah35000.

Tebalnya..beratnya :) 

Demi satu pengalaman, ku pakai jua.

TRIP BUKIT TINGGI PADANG, INDONESIA 7 FEB HINGGA 10 FEB 2017











Hari keempat 10/2/17 akhir, siap untuk terbang pulang.

Mana ya gambar bagasi yang biak sebelum dimuat naik kedalam bas :)









Seronok travel ramai ramai bila satu kepala dan tujuan.

Seronok makan ramai ramai. Semua pun sedap.  Cara hidangan Padang..semua dalam pinggan kecil dan menunya pelbagai.  Satu mangkuk cuci tangan setiap orang. Bagus cara tu.



Jika ditanya: nak pergi lagi dengan kumpulan yang sama? Mengpa tidak!

TRIP BUKIT TINGGI PADANG, INDONESIA 7 FEB HINGGA 10 FEB 2017































Hari ketiga 9/2/17.

Selepas sarapan, Deni bawa kami ke Taman Wisata Panorama yang terletak berdekatan dengan hotel Gran Malindo. Kiranya jalan kaki dan seberang jalan sahaja sudah sampai. 

Panorama sungguh menarik.  Deni cakap, ini Grand Canyon Indonesia.

Puas bergambar kami dibawa melawat Lobang Japang.  Satu lagi tempat bersejarah di zaman Bukit Tinggi dijajah Jepun semasa Perang Dunia ke2.  Ahli kumpulan yang tidak boleh berjalan jauh memilih untuk tidak ikut masuk ke Lobang Japang ini.  Pemandu kami arif mengenai setiap lorong dan bilik di lubang ini. Ngeri jika boleh bayangkan lubang, terowong yang gelap dalam keadaan asal.
Ada terowong ke tempat penyeksaan dan mayat dibuang terus ke sungai.

Tenaga kerja untuk menggali terowong bukan dari warga tempatan tetapi anak muda dari wilayah lain. Ini untuk menutup rahsia kewujudan terowong tersebut dari diketahui penduduk tempatan. 

Yuran penerangan dan memandu ialah RM10 satu kepala.  Gembira mereka bila dibayar lebih.

Destinasi seterusnya ialah Istano Basa Pagar Ruyung yang terletak di Batu Sangkar.

Singgah di rumah makan yang dikelilingi pemandangan sawah padi, bukit bukau yang sejuk mata memandang. Ada burung hantu, ada kolam ikan, ada itik..sungguh mendamaikan hati. Makanan pun sedap.  di mana mana rumah makan mesti pesan jus buah yang sedap, jus apokat yang murah.

Selesai makan, kami menuju ke kilang pisang salai dan kopi yang terletak di tempat tinggi, sejuk berangin.  Kami dijamu air rebusan daun kopi. Bagus untuk menurunkan kolestrol katanya.  Direbus dalam periuk besar dan diceduk kedalam bekas tempurung. Air rebusan yang panas tidak mengambil masa lama untuk sejuk, kiranya selepas dituang ke bekas tempurung sudah boleh diminum.  Minuman rebusan adalah percuma.  Kita boleh beli cucur jagung yang sangat enak sebab jagungnya segar dan manis. Tak ingat harga tapi murah.

Kami beli pisang salai di sini. Kopi tak beli sebab kurang minat minum kopi. Yang dibeli ialah daun kopi yang sudah dikeringkan untuk direbus. O ya, di sini ada jual kulit kayu manis yang panjang saiznya.  Berkhasiat katanya jika direbus dan air diminum atau kayu manis ini direndam dengan air panas. Boleh juga jadikan sebagai sudu untuk mengacau minuman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...