KELAS JAHIT TELEKUNG

Thursday, December 25, 2014

BANJIR


Menulis dengan perasaan amat sedih.  

Banjir di sana sini, ini bukan masalah kecil, ini kerja Allah.  Kenapa Allah turunkan bala sebegini? 

 Allah suruh berfikir.
Allah suruh muhasabah diri.
Allah nak hapuskan dosa.
Allah nak bersihkan jiwa.
Allah nak beri yang lebih baik.
Allah nak beri pahala.
Allah suruh berdoa.

Agaknya manusia sudah lama hanyut dalam kemungkaran.  Allah bagi ujian kepada sebahagian. Allah memerhatikan apa tindakan.  Bagi yang tidak terkesan, adakah akan tolong dan bantu? Adakah akan ada rasa simpati?

Ya Allah kerdilnya kami.
Kami hanya mampu berdoa, merayu ehsanMu.

Ya Allah bantulah mereka, saudaraku.

Ya Allah tolonglah hentikan hujan dan perintahlah bumi menyerap air.

Monday, December 22, 2014

YES..YEAR END SALES



Semalam ke PWTC, event anjuran Mood Republic. Ramainya pengunjung di hari terakhir.
Kawan2 fb pun ada yang berniaga di sana. Hanya sempat jumpa Nelly Sofni Azmi di booth 4038. Lawa2 beg jahitan Nelly.
Tak sempat cari booth kawan2 lain sebab anak anak nak cepat.
Banyaknya jualan jubah dari jenama yang dah terkenal. Tudung/shawl pun banyak.
Dalam banyak banyak tu hanya satu produk yang berkenan di hati. Blouse longgar, labuh, ada poket tepi dan ada zip di depan. Kain pun cantik.
Berbalik kepada jubah jubah, fesyennya sama begitu juga material.
Nampaknya pembeli membeli jenama bukan produk.

Tuesday, December 16, 2014

CUTI CUTI KE UTARA..





BED AND BREAKFAST: AKAR LIMA KULIM








MENUNGGU SARAPAN (YANG MENGENYANGKAN)





PASAR PAGI KULIM















Ada jemputan kahwin di Ipoh, ada jemputan kahwin di Kulim. Apalagi, kita ke utara.
Sebelum pergi sahkan penginapan di Akar Lima Kulim.  

Perjalanan ke Ipoh lancar. Sampai di rumah pengantin dah tengahari. Makan sembang2 sekejap, bertolak ke Taiping untuk menziarahi saudara.

Malam bertolak ke Kulim. Sampai Akar Lima hampir pukul 10 malam, sebelum tu bila sampai Junjung contact pengurus Akar Lima tanya kalau cafe masih buka. Ok cafe masih buka.  Sampai terus oder.  Supper yang sangat sedap, Sheppard pie, cabonara, grilled lamb..mash potato.Licin pinggan. 

Esok pagi sebelum sarapan ke pasar pagi Kulim dulu.  Warna warni yang dirindui. Biasanya pasar pagi Sabtu dan Ahad meriah.  

Anak anak nak makan cendol dan ais kacang.  Masih sedap seperti dulu.  Mana agaknya mamak yang biasa jual, mamak muda dah ambil alih agaknya.




Wednesday, December 3, 2014

DECEMBER





What with December?
It's the last month of the year.
So what with December?
Nothing special..just a name in the calender.

Saturday, November 1, 2014




Masak simple, rebus rebusan. Nak bagi nama apa kepada rebusan ni..PINDANG TIMUN ok kot.


Tumbuk cili merah 2 biji, sedikit belacan. 2 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah.

Rebus bahan bahan yang ditumbuk dengan 3 cawan air.

Sementara menunggu rebusan mendidih, ambil sebiji timun, buang kulit dan potong serong serong.

Bila air rebusan mula mendidih, masukkan timun.

Akhir sekali masukkan sedikit garam.

Tutup api bila timun lembut...jangan terlalu lembut.

Mudah, cepat dan sihat.

Alhamdulillah.


Wednesday, October 8, 2014

HANGING NOTEPAD







Recycling is fun.
I made this hanging notepad from old flyers and old key chains.
Tool needed: a puncture
Added item: a pen

Monday, October 6, 2014

NASI ARAB MANDHY







Mak tak suka masak..anak suka makan.


Sempena Aidiladha, kita masak nasi Arab. Tak susah sebab beras, rempah ratus ada siap dalam peket.
Yang perlu disediakan sampingan ialah kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng, sedikit pewarna kuning dan tentunya daging ayam atau kambing.

Cara masak ada di kotak.

Rendam  beras basmathi selama 2 jam.
Toskan air.

Masukkan 700 liter air ke dalam periuk.
Panaskan dan masukkan rempah ratus.
Selepas mendidih masukkan ayam/daging dan rebus hingga lembut.
Garam 1 sudu makan.
Masukkan beras.
Tutup periuk.
Bila nasi dah masak, air dah kering, masukkan beberapa titik warna kuning dan gaul.
Kemudian masukkan5 sudu minyak zaitun (minyak biasa pun boleh), kismis, badam, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng.
Gaul rata dan tutup api.

Siap untuk dimakan.
Sorang mak, 5 orang anak dan sorang menantu.
Cukup untuk 7 orang.
Lebih orang pun boleh sebab setiap orang tambah lebih dari sekali.
Maknanya sedap le tu :)



Sunday, October 5, 2014

KETUPAT DAUN PISANG







Mak tak suka masak ..anak suka makan.

Pertama kali dalam sejarah hidup pada umur yang lanjut..ku masak ketupat daun pisang untuk santapan di pagi Hari Raya Qurban.

Mak kata ok..anak pun kata ok.

Resepi:

1 kg beras pulut di cuci bersih dan toskan air.
Secawan santan pekat sebab tak nak lemak sangat.
Sedikit garam.

Tanak beras pulut separuh masak.
Biar sejuk.

Daun pisang dipotong anggaran 2 tapak tangan dan bersihkan.  layor atas apai supaya lembut..amboi semua kena beli bila duduk bandar.

Letak sesenduk pulut yang dah agak sejuk tadi ke atas daun pisang. balut kemas dan ikat. Kain perca di gunting panjang untuk dijadikan tali pengikat.

Susun dalam pengukus.

Rebus air hingga mendidih baru pulut tadi dikukus selama lebih kurang 30 minit.

Bila sejuk baru potong.




Saturday, May 24, 2014

BANDUNG TRIP 19 MAY - 22 MAY 2014



























































































































































































Perjalanan ke Bandung ialah satu pengalaman. Sama tapi tak serupa. Bahasa, budaya Nusantara tidak banyak beza. Yang penting ada rasa selesa.
Ya...orang Bandung yang kecil molek sangat peramah. Ke mana pergi di sapa.
Mereka pandai melayan tetamu.  Mereka rajin menjaja.
Pemandangan di mana mana ialah pemuda pemuda yang menjual pelbagai barang dan makanan juga minuman.
Sungguh rajin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...