KELAS JAHIT TELEKUNG

Saturday, November 24, 2018

LAWATAN ZIARAH MASJID AL KHAIRIYAH KE PATTANI/HATYAI 10 - 15/10/18













































































Satu perjalanan yang sangat menarik. Melawat pondok pondok di Pattani sambil memberi sumbangan wang dan telekung wakaf AlKhairiyah.

Perjalanan bermula 10 malam dari tempat berkumpul iaitu Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.
2 bas eksekutif Sani Ekspres.

Sampai ke destinasi pertama Darul Ulum Pokok Sena dah masuk waktu Subuh, Tak sempat solat berjemaah. Rugi jugak sebab Subuh di hari Jumaat sambil musafir.

Hujan mengiringi kami sehingga melepasi sempadan.

Laluan sempadan yang digunakan ialah Banprakob.

Hujan masih turun bila kami sampai di pondok pertama.  Ketika muslimin pergi ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat, muslimat di jamu makan tengahari.

Kami daftar masuk ke CS Hotel Pattani. Pemilik dikatakan seorang Muslim.

2 malam kami menginap di hotel ini.  OK selesa.

Sebelah petang melawat Masjid Kerisek yang sejarahnya berdarah.  34 pemuda mati syahid mempertahankan masjid ini.  Kesan tembakan banyak terdapat di dinding batu bata merah. 
Tiada baikpulih masjid selepas tragedi supaya masyarakat dan pelawat tidak lupa kekejaman tentera Siam.

Selepas Masjid Kerisek, kami melawat Makam Tok Panjang. Diriwayatkan, Tok Panjang ialah penasihat kepada Sultan. Satu ketika difitnah dan Sultan tanpa menyiasat telah memerintah Tok Panjang dibunuh dan mayat dibuang ketengah laut.  Kuasa Allah, jenazah Tok Panjang terdampar di pantai. Penduduk kampung mandi dan cuba kapan tetapi jenazah menjadi panjang dan panjang hingga terpaksa dilipat. Akhirnya jenazah ditanam dan kuburnya memang panjang.

Begitulah kisahnya sebagaimana diceritakan dari mulut ke mulut.

Menjelang malam kami ke Pondok Bermin. Dijamu makan malam yang sedap. Nasinya lembut dibalut dalam plastik. Lauk tomyam, sambal belacan dan ulaman.  Ada kuih seperti bengkang tapi tak pasti bahannya. Lembut dan sangat sedap.

Selesai penyampaian sumbangan wang dan sekotak telekung, kami bergerak ke hotel untuk bersihkan diri dan solat jamak Isya/Maghrib.

O ya...ketika sampai kami disambut barisan pelajar lelaki dengan dendangan Selawat.

Kisah hari ke2..bersambung.








Sunday, September 2, 2018

TAKLIMAT DAN RAPTAI NIKAH PERDANA 2018/1440












Setiap tahun untuk tahun yang ke 7 dan Majlis yang ke8 (2012 ada 2 majlis) Masjid Ak Khairiyah menganjurkan program Nikah Perdana.

Pasangan hanya perlu membayar RM1K  sebagai wang penyertaan dan RM160 untuk jurunikah.

Mereka dapat set pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan yang mengandungi kain 4 meter untuk pakaian pengantin perempuan, kain untuk veil. Untuk lelaki, kain 5 meter untuk baju melayu, sampin dan brooch untuk songkok.

Kos juga termasuk makanan untuk 50 orang tetamu.

Sangat berbaloi berbanding kos RM1K.

Bertambah menarik ialah majlis akan dapat liputan media.

Untuk kelancaran majlis, taklimat dan raptai perlu diadakan.

Kita tunggu majlis pada 11/9/18 bersamaan 1 Muharram.

Sunday, August 26, 2018

KORBAN/AQIQAH MASJID AL KHAIRIYAH 10 ZULHIJJAH 1439/22 OGOS 2018






















18 ekor lembu dan seekor kambing disembelih untuk ibadah Korban dan Aqiqah.

Majlis meriah seperti selalu. Muslimin dan Muslimat bergotong royong menjayakan program sempena Hari Raya Korban.

Kerja yang dilakukan Muslimin lebih berat. Merebahkan lembu, menyembelih, melapah, memotong daging, memotong tulang.  

Muslimin juga memasak...sedap pulak tu.

Tugas Muslimat...potong daging saiz kecil, potong timun, carrot. Juga masukkan tulang ke dalam plastik untuk agihan. 

Suasana meriah dengan kehadiran ramai jemaah masjid yang menunggu agihan daging.  Kupon diagihkan kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan sekilo daging korban dan sebungkus tulang.

Setiap kali program korban ramai orang Rohingya dan Indonesia hadir.  Pemuda Rohingya akan membantu dalam semua proses korban.  Mereka sangat suka kepala lembu.  Itu yang mereka tunggu di akhir program sebelum makanan diagihkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...