KELAS JAHIT TELEKUNG

Thursday, July 19, 2018

MAJLIS RAYA MASJID AL KHAIRIYAH 2018/1439





























MAJLIS RAYA SEMPENA AIDILFITRI 1439/2018

MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK

8/7/18 SABTU



Majlis bermula seawal 8 pagi untuk AJK Masjid, HELWA, jemaah surau surau di bawah naungan Masjid.  Sebenarnya, malam sebelum kami sudah mula buat persiapan menghias khemah dan gerai.

Pagi makanan mula sampai dan tugas menyusun bermula.  Alhamdulillah dengan peruntukan dari masjid dan sumbangan individu, makanan banyak untuk tetamu.

Cuaca cantik, tak panas dan sedikit redup tapi tak hujan.

Tetamu pelbagai bangsa mula sampai seawal 10 pagi.

Gerai sate jadi tumpuan. Begitu juga gerai kambing bakar, nasi lemak, kuih muih, otak otak, char kuey teow goreng.

Setiap surau dalam kariah Seri Gombak menyediakan makanan yang berlainan.

HELWA  dengan unifom baru sedondon menjaga gerai kuih muih.

Majlis berakhir pada waktu Zohor.

Letih tapi gembira.

Ini ialah tahun akhir Kakzai sebagai AJK Muslimat selepas berkhidmat dari tahun 2016.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...