KELAS JAHIT TELEKUNG

Monday, March 30, 2015

CERITA PENDEK..SATU IMAGINASI


CERITA PENDEK.

SI JAHAT BERTEMU SI JAHAT.

Ahmad seorang pemandu teksi.  Dia hanya mencari rezeki dengan teksinya pada waktu malam.  Siang dia berniaga di pasar pagi menjual ulaman.

Biasanya selepas solat Isyak dia akan memandu ke bandaraya mencari pelanggan.  Pelanggannya biasanya ialah pelajar kolej, pekerja pejabat yang buat overtime juga amereka yang keluar shopping di waktu malam.

Malam itu, Ahmad seperti biasa memandu ke kawasan berhampiran kolej yang juga hampir dengan sebuah shopping mall.  Diberhentikan teksi di tepi jalan sambil mematikan enjin.  Tiba tiba perutnya rasa memulas.  Ahmad terus bergegas ke tandas awam berdekatan.

Beberapa minit ketiadaannya datang seorang lelaki menghampiri teksi Ahmad.  Dia memandang sekeliling sambil tangan memasukkan sejenis alat untuk membuka pintu teksi yang berkunci.  Nyata lelaki tersebut pakar dalam membuka pintu kereta, tak sampai 2 minit dia sudah duduk di tempat pemandu dan menghidupkan enjin.  Teksi dipandu laju hilang dalam kegelapan lorong belakang.

Selepas 15 minit Ahmad keluar dari tandas.  Teksi sudah tiada di tempat tadi.  Ahmad gelisah, dia mula berhubung dengan rakan rakan pemandu teksi.  Mereka akan cuba mengesan teksi Ahmad.

Lelaki yang melarikan teksi tadi rupanya berniat untuk memancing pelanggan dan merompak mereka.  Dipandunya teksi ke kawasan yang ramai pekerja asing suka berhibur.  Tak sampai 10 minit 2 orang lelaki menahan teksi.  Mereka ingin ke sebuah kelab malam.  Bila tiba di suatu tempat yang agak gelap dan tidak sibuk, pencuri teksi memperlahankan teksi sambil menarik pisau dari dalam jeket yang dipakainya.

Belum sempat dia menoleh, terasa sejuk di leher.  Dia terkejut.  Dia diacukan pisau.  Terasa tajam hujung pisau di leher.  Dia sedang dirompak.

Maka bertemulah si jahat dengan si jahat.

Pencuri teksi berputih mata.  Apa yang ada dalam poket dan dompet habis dikebas.

Keesokkan harinya, Ahmad dihubungi rakan, teksi sudah dijumpai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...