KELAS JAHIT TELEKUNG

Monday, March 30, 2015

CERITA PENDEK..SATU IMAGINASI


CERITA PENDEK.

SI JAHAT BERTEMU SI JAHAT.

Ahmad seorang pemandu teksi.  Dia hanya mencari rezeki dengan teksinya pada waktu malam.  Siang dia berniaga di pasar pagi menjual ulaman.

Biasanya selepas solat Isyak dia akan memandu ke bandaraya mencari pelanggan.  Pelanggannya biasanya ialah pelajar kolej, pekerja pejabat yang buat overtime juga amereka yang keluar shopping di waktu malam.

Malam itu, Ahmad seperti biasa memandu ke kawasan berhampiran kolej yang juga hampir dengan sebuah shopping mall.  Diberhentikan teksi di tepi jalan sambil mematikan enjin.  Tiba tiba perutnya rasa memulas.  Ahmad terus bergegas ke tandas awam berdekatan.

Beberapa minit ketiadaannya datang seorang lelaki menghampiri teksi Ahmad.  Dia memandang sekeliling sambil tangan memasukkan sejenis alat untuk membuka pintu teksi yang berkunci.  Nyata lelaki tersebut pakar dalam membuka pintu kereta, tak sampai 2 minit dia sudah duduk di tempat pemandu dan menghidupkan enjin.  Teksi dipandu laju hilang dalam kegelapan lorong belakang.

Selepas 15 minit Ahmad keluar dari tandas.  Teksi sudah tiada di tempat tadi.  Ahmad gelisah, dia mula berhubung dengan rakan rakan pemandu teksi.  Mereka akan cuba mengesan teksi Ahmad.

Lelaki yang melarikan teksi tadi rupanya berniat untuk memancing pelanggan dan merompak mereka.  Dipandunya teksi ke kawasan yang ramai pekerja asing suka berhibur.  Tak sampai 10 minit 2 orang lelaki menahan teksi.  Mereka ingin ke sebuah kelab malam.  Bila tiba di suatu tempat yang agak gelap dan tidak sibuk, pencuri teksi memperlahankan teksi sambil menarik pisau dari dalam jeket yang dipakainya.

Belum sempat dia menoleh, terasa sejuk di leher.  Dia terkejut.  Dia diacukan pisau.  Terasa tajam hujung pisau di leher.  Dia sedang dirompak.

Maka bertemulah si jahat dengan si jahat.

Pencuri teksi berputih mata.  Apa yang ada dalam poket dan dompet habis dikebas.

Keesokkan harinya, Ahmad dihubungi rakan, teksi sudah dijumpai.

Thursday, March 26, 2015

ROTI O ROTI..






Akhirnya beli juga penimbang digital sebab anak anak dok merungut roti tak cuba buat lagi selepas kelas hari itu. Harga RM39...cikgu roti bagitahu RM29.90, harga sudah naik kah?

Ok..selepas ditimbang dan disukat segala bahan, diadun dan dibakar...jadilah roti sarang lebah tapi tak sesedap yang belajar dalam kelas. Mesti ada silap timbang air sebab adunan sikit melekit.

Apapun makan jugalah dicicah dengan sos butterscotch yang sedap.



Sunday, March 22, 2015

KAIN COTTON DILELONG










PEREMPUAN DAN KAIN.

Kebanyakan perempuan suka kain. Perempuan yang suka menjahit suka kain.  Perempuan yang suka buat kraf suka kain.

Bila ada berita kain cotton yang lebihan nak dilelong, maka perempuan perempuan yang suka kain akan serbu.  Termasuklah 'yours truly' ha ha.

Tak susah nak cari gudang Cotton DChomel berpandukan alamat di Taman Sri rampai.

Melangkah masuk ke ruang longgokan kain, waaaaaaaaa....banyaknya! cantik cantiknya!

Dah ada bebrapa orang dalam ruang, santai santai duduk atas timbunan kain. Ya..mana lagi nak duduk :)

Sekilo kain harganya RM50. OK..pilih je nak berapa banyak, timbang pastu bayar.

Bersedia untuk bayar...terlebih pilih boleh keluarkan dari atas penimbang.

Apa nak jahit dengan kain yang dibeli?

Projek utama ialah kain untuk Telekung Puteri/

Sunday, March 8, 2015

BUKU..ALLAH TEMPAT MEMINTA




Sesungguhnya....
Sebelum ditutup tirai malam..
Ingin aku bercerita..
Aku telah berdosa kepada hamba Allah yang meminta..
Sepantas kilat aku dimarahiNya..
Aku lupa..
Puas berfikir..
Terlintas tindakan silap itu..
Lepas Isya' aku solat taubat..2 rakaat..
Selepas salam pertama..
Handphone berbunyi tanda pesanan..
Pertanyaan itu ini bermula..
Alhamdulillah.
Jadi sahabat....jika rasa berdosa..
Bertaubatlah.
Mintalah.


==============================================================

Untuk bangun qiam di waktu yang sunyi sepi..harus tidur lebih awal dari waktu ini.
Seharusnya hanya ada kita dan Dia.
Tiada gangguan..
Tiada bunyi...
Hanya sepi...
Ketika itu kita bersunyi..
Meluah keluh dan kesah...
Merintih hingga airmata tertumpah..

Pernah alami?

Catatan di malam yang berbeza...masa lebihkurang sama.

Monday, March 2, 2015

ROTI ROTI...







Belajar buat roti di surau Ubudiyah Sri Gombak. Yuran RM30 je.

Senang rupanya buat roti hanya perlu alatan yang betul.  Jadi nak kena beli digital weighing machine untuk timbangan yang tepat.

Sunday, March 1, 2015

GIRLS' DAY OUT











Where to on Saturday? Let's go book browsing at Kinokuniya.

Yes! a comfortable ride on the LRT and off we go to KLCC.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...