KELAS JAHIT TELEKUNG

Monday, March 3, 2014

PERJALANAN KE MELAKA



























Ke Melaka pada 2/3/14 Ahad untuk mengajar jahit telekung di Cheng Melaka.

Perjalanan pergi mengambil masa tak sampai 2 jam dari Sri Gombak. Kenderaan tak banyak di awal pagi.

Alhamdulillah sampai dengan selamat. 

Perjalanan pulang tercari cari barangn unik untuk dibeli sebagi kenangan. Rupanya di Alor Gajah ada gerai jualan pelbagai barang kraf dan juga makanan tradisional. Gerai  gerai di sepanjang jalan menarik perhatian kami anak beranak.

Macam macam ada, bukan hanya hasil tangan orang Melaka tetapi kraf dari negeri lain di Malaysia juga ada.

Sungguh menarik.

Perjalanan pulang agak meletihkan kerana beribu ribu kenderaan dengan nombor plet Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah dan Selangor berada di lebuhraya menuju Ibukota. Ramai orang balik kampung atau bercuti di selatan di hujung minggu rupanya.

Menghampiri Hentian Senawang ternampak asap hitam dari jauh, rupanya ada kebakaran hutan. Pasukan bomba masa tu berusaha memadamkan api. Mudah2an tidak merebak. Kebakaran hutan mudah berlaku dalam musim kemarau dan kering.

Selepas lebih 4 jam kami sampai ke rumah.

Alhamdulillah.

Melaka sesuai dijadikan tempat percutian keluarga. InshaAllah..anak2..jom kita cuti2 Melaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...