Sunday, August 18, 2013
AIDILFITRI 2013 - RUMAH TERBUKA DI PUSAT KESIHATAN CERAGEM SHAH ALAM
Kimbab
Nasi dari beras Korea, minyak bijan
Bijan
Kepingan kim atau rumpai laut kering
Bahan2 isi kimbab
Kimchi
Mak tiri..Puan Aishah Park ialah pemilik Ceragem
Berkumpul sebahagian adik beradik di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 di Pusat CERAGEM Shah Alam. Alamat No 64-1, Jalan Nelayan B, 19/B , Seksyen 19, Shah Alam.
Tel 03 55426669.
Antara hidangan yang disediakan ialah 'kimbab'. Sejenis makanan Korea yang dibalut depan tetamu. Kulit luar ialan 'kim' iaitu kepingan rumpai laut kering, nasi dari beras Korea atau Jepun, hirisan telur, lobak putih, daiging kisar, sayur bayam, isi ketam, minyak bijan dan bijan.
Mengenyangkan.
Saturday, July 20, 2013
KITAR SEMULA T SHIRT LAMA
Pagi tadi tolong anak kemas almari baju dia, pastu t shirt yang dia tak nak pakai diasingkan. Kemudian kak zai dapat idea nak buat 'hanging pockets/organiser'
Caranya:
Gunting tangan t shirt di bahu.
Terbalikkan t shirt dan lipat ke atas. Ada lipatan di belakang dan hadapan.
Pin bahagian ketiak dan tengah.
Ini 2 tangan tadi, dicantum jadi poket.
Poket dari tangan t shirt tadi dimasukkan kedalam lubang t shirt sebelah bawah. Jahit embroidery. Jahit juga di bahagian ketiak.
Siap.....semua sekali ada 7 poket.
Apa yang boleh disimpan dalam poket2 ni?
Macam2 boleh :)
Kalau gantung dalam almari boleh simpan:
Stokin..seluar kecik..baju kecik..anak tudung...etc etc
Boleh semat brooch di bahagian luar...kan senang cari dan pilih.
Kalau gantung di dapur boleh simpan:
Tuala..tissue paper..buku nota..pen..etc etc
SELAMAT MENCUBA
KITAR SEMULA :)
Saturday, June 22, 2013
KURSUS JENAZAH DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 22/6/13
Ustaz Sharol memeulakan penerangan tentang peranan waris mengurus jenazah sebelum dibawa ke masjid. Adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membersihkan jenazah terutama dibahagian sulit, membuang lampin jika jenazah memakainya. Mengeluarkan gigi palsu. Menanggalkan barang kemas.
Waris perlu memaklumkan pihak masjid tentang kematian dan juga membuat report Polis. Ada beberapa borang yang perlu diisi.
Persediaan tempat letak jenazah, tempat yang tinggi saperti katil dan alas dengan beberapa helai kain yang bersih. Saperti dalam gambar, kain batik dilhampar dibahagian bawah sekali diikuti dengan dua keping kain putih yang panjangnya melebihi kepala dan kaki sebanyak 2 kaki.
Letak jenazah yang sudah bersih di atas kain putih tadi.
Tutup jenazah dengan sehelai lagi kain putih. Urut di bahagian tepi mata dan rahang supaya tertutup sempurna.
Senamkan tangan dan kaki jenazah.
Ikat di bahagian rahang.
Ikat pergelangan tangan.
Ikat di lutut.
Ikat di kaki.
Kain putih yang bawah sekali dibalut ke badan jenazah
Ikat di bahagian kaki.
Tak perlu ikat bahagian kepala..jenazah akan diziarahi.
Tutup dengan sehelai kain yang nipis.
Penerangan mengurus jenazah untuk dikapankan selepas selesai dimandikan.
Kain putih dibentangkan..
Baju atau jubah yang tak berjahit..2 helai kain 3 segi dijadikan penutup kepala.
Bentangkan kapas.
Menutup aurat jenazah.
Membalut dan mengikat..siap dikapan.
Ini ialah proses memandikan jenazah yang dilakukan sebelum dikapankan.
Disiram air cendana..
..air kapur barus.
Dipakaikan cawat.
Bertemu rakan FB..Mas.
Sesungguhnya kematian itu pasti dan sentiasa menghampiri kita.
Kerjakan sebanyak mungkin amal yang makruf dan jauhkan kemungkaran.
Anak yang soleh..jadilah imam solat jenazah ibu dan bapamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)