KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, March 27, 2011

DIY..KIT PERMULAAN JAHIT TUDUNG

Ramai jugak yang minat nak belajar jahit tudung tapi tak ada guru di tempat sendiri, nak datang kelas kak zai jauh, jadi alternatifnya kak zai cadangkan beli kit.

Kit mengandungi : POLA, NOTA, JARUM EMAS, KAIN YANG SIAP DIGUNTING DAN PENGERAS

KIT ALA ARIANI RM32

KIT SCALLOP RM35

Kit ni sesuai untuk mereka yang ada asas menjahit supaya lebih mudah paham segala arahan.

Kain yang diberi adalah berkualiti.

Tuesday, March 15, 2011

BILA TUKANG JAHIT PATAH TANGAN...



Malang tak berbau kata perpatah...kalau sesuatu perkara ditakdirkan belaku, elak macam mana pun ia tetap berlaku..tak cari tapi dia tetap menunggu.

6 Februari hari Ahad, lebihkurang pukul 11.45 pagi, kak zai nak ke Subang Jaya melawat keluarga.
Biasanya naik LRT ke KL SENTRAL pastu naik KTM komuter ke sana, hari tu entah macam mana nak naik bas pulak.

Lepas turun bas di kawasan KOTARAYA, lintas jalan depan CENTRAL MARKET menuju BUS STAND KLANG...di situ lah malang menunggu.....laluan yang sedikit curam dan berpasir menyebabkan kak zai tergelincir..jatuh terduduk...tangan kiri menahan jatuh...aduh! sakit! tengok pergelangan tangan dah sikit bengkok dan bengkak.

Tak dapat bangun sendiri..datang seorang lelaki asing mungkin dari Bangladesh tolong bagi berdiri...telefon anak2 suruh datang ambil. Perlu tempat nak duduk sambil menahan sakit. Lintas jalan menuju CENTRAL MARKET, ada balai polis bergerak..dah tak tahan berdiri jadi mintak izin anggota di situ untuk duduk di kerusi. Ramai orang lalulalang pandang...apa la makcik ni buat di van polis. Sempat jugak sembang pasal English League dengan budak2 polis tu...amboi! makcik pun minat bola!

Anak datang terus bawak ke HKL...lepas Xray memang sah tulang patah di dua tempat atas sikit dari pergelangan tangan. Masuk wad separa kritikal..petang antara pukul 3- 4 baru dibetulkan tulang dan diplaster. Sebelum tu tengok lelaki India kena betulkan tulang tangan..menjerit budak tu. Alamak...takutnya! cakap dengan doktor 'makcik takut la'. Jadi masa nak betulkan tulang tu, kak zai dibius dulu..sedar2 tangan berplaster sampai atas siku.


Kak zai terpaksa tolak tempahan menjahit tudung ibadah yang baru dipromosi. Tapi kelas menjahit diteruskan. Peserta tak kisah cikgu patah tangan jadi 'on' je.. Azura dari Manjung, Su dari Jengka..dan sempat gak buat demo di PDK KAMI Jalan Gombak. PDK ialah pusat dalam komuniti untuk kanak2 cacat...demo pulak untuk cikgu2 dan ibu2 yang berminat. Kata seorang peserta 'cikgu pun cacat' :)

Sekarang dah 5 minggu...doakan kak zai cepat pulih ya kawan2.



Wednesday, February 2, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG DI SUBANG JAYA


Kelas jahit tudung akan diadakan di Subang Jaya, SJ19 selepas Tahun Baru Cina.

Tunggu pengumuman seterusnya tentang tarikh, alamat dan sebagainya.

Pakej RM80 dikekalkan.

Kelas di Sri gombak masih diteruskan.

Terima kasih.



Sunday, January 23, 2011

TUDUNG IBADAH..UMRAH DAN HAJI


'Tudung Ibadah' sesuai untuk jemaah Umrah dan Haji.

Lapik di dagu, menutup aurat dan sesuai dipakai ketika solat.

Labuh dari dagu 25"

Harga RM50 tidak termasuk pos.












Thursday, January 20, 2011

TUDUNG SEKOLAH -- A REVOLUTION






A lady ordered 4 school 'tudungs' in the style of ala ariani for her primary school daughter. It seems that beginning this year..2011 school children are allowed to adorn such 'tudung'. The lady requested for the awning or 'sengkuap' to be lined with interface. Hopefully the little girl will not throw around or worse still sit on her 'tudung' once she takes it off. Awnings lined with interface may look good on most faces but they are not easy to take care. A neighbor recently sent a bagful of 'tudungs' with 'broken' awnings to be repaired. Unpicking the seams is the worst part of the process.

Tuesday, January 4, 2011

TUDUNG OH TUDUNG



Tudung Scallop Tanpa Sengkuap

Anak kak zai nak pakai tudung scallop tapi dia tak berapa gemar sengkuap yang ada pengeras.

Jadi selepas beberapa percubaan dapatlah hasil saperti di atas.

Memang mudah..pakai anak tudung atau cekak rambut yang dijahit dari kain perca lycra tu

sarungkan tudung..pusing..letak brooch ...siap.

Nak dapatkan alunan yang cantik elok guna kain yang berkualiti.

Nak namakan apa ya?

oklah..

Tudung IMA

sempena orang yang memakainya :)

Monday, November 29, 2010

KAK ZAI SAYS......my Sarawak trip






My trip to Kuching Sarawak from 24 to 26 November 2010.
Posing at the LCC Terminal before checking in.
The terminal is busier compared to KLIA.



The clouds above Selangor..the wing blocked a clear view of the scenery below.


I had the middle seat, on my left was this Bidayuh lady. At 53 she has 7 grandchildren..Sarawak women marry at a young age.



The chinese man on my right fell asleep and started to snore right after takeoff :)


The in flight magazine made good reading...unlike MAS..AirAsia says leave it behind please.




At the Kuching International Airport...a welcoming board :)

I was fetched at the airport by Puan Rosmahwati a consultant from
Idaman Dhoori a consultant company entrusted by the Jabatan Ketua Menteri
of Sarawak to give sewing lessons to the poor and single mothers.
There were 20 participants including 4 gentlemen :).
Most of them handle sewing machines for the first time and I must salute them for they were able to sew a pair of baju kurung, a pair of baju melayu and 3 tudungs within a period of 4 days...Amazing!

For pictures of the sewing lessons please visit my other blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...