KELAS JAHIT TELEKUNG

Friday, November 1, 2013

TUTORIAL: CARA JAHIT SARUNG BAKUL SAMPAH


 BAKUL SAMPAH


 UKUR KELILING BAHAGIAN ATAS BAKUL.


 UKUR TINGGI BAKUL.


 GUNTING KAIN..UKURAN LILIT TAMBAH 6" KE 8"". UKURAN TINGGI TAMBAH 4"

 GUNTING KAIN UNTUK HIASAN ROPOL..UKURAN LILIT X 2 UNTUK PANJANG. UKURAN LEBAR 3" KE 4".



 CANTUM HUJUNG KAIN..UKURAN TINGGI.


 LIPAT 0.5" DAN JAHIT KELILING. TINGGAL RUANG UNTUK MASUKKAN GETAH.


 LETAK KAIN UNTUK ROPOL ATAS KAIN SARUNG BAKUL, JARAKKAN LEBIH KURANG 4" DARI TEPI.

 LIPAT DAN JAHIT..

 BEGINI RUPANYA BILA SIAP.

 ADA 2 CARA UNTUK JAHIT ROPOL..LIPAT ATAU TARIK KEDUT.


 MASUKKAN GETAH KE DALAM BAHAGIAN DI LIPAT, ATAS DAN BAWAH. KEMUDIAN TARIK SEKADAR CUKUP UNTUK MENCENGKAM. BAHAGIAN ATAS LEBIH LUAS DARI BAHAGIAN BAWAH.


 TERBALIKKAN BAKUL.


 SARUNGKAN..
 INI BAHAGIAN BAWAH.

 BAKUL DAH DAPAT SARUNG BARU...

 TAPI MACAM ADA YANG KURANG...RIBEN!

 UKURAN IKUT SUKA...INI UKURAN PANJANG..

 INI UKURAN LEBAR..

 LIPAT DUA DAN JAHIT CANTUM..TINGGAL SEDIKIT RUANG DI TENGAH...


 ..SAPERTI INI. JAHIT 2 SISI DENGAN CANTUMAN YANG PERTAMA DI TENGAH.


 TERBALIKKAN.

 SUSUN LIPATAN DAN JAHIT SEKEPING KAIN DI TENGAH.

 OOPS...BESAR JUGA RIBENNYA.

SUDAH SIAP...IKUTLAH SELERA DAN KRETIVITI.


SUDUT DAN RUANG YANG SESUAI MELETAKKAN BAKUL YANG DIHIAS BEGINI IALAH BILIK TIDUR, BILIK BACAAN, RUANG TAMU  DAN TENTUNYA BUKAN RUANG DAPUR.

SELAMAT MENCUBA.

Monday, October 21, 2013

BIASANYA MACAM MANA?





Kebanyakan masjid dan surau ada poster macam ni. Malangnya masih ada yang malas nak guna hanger yang disediakan.

Mungkinkah kerana itulah habit di rumah?

Thursday, September 26, 2013





Lama sungguh tak jahit beg. Dari kain yang diberi kawan.

Sunday, September 1, 2013

FUROSHIKI






Sesungguhnya budaya Jepun dan Korea sangat menarik. Antaranya ialah FUROSHIKI, seni membalut menggunakakan kain. Sekeping kain bentuk empat segi yang dijahit kemas tepinya, bentangkan, letak barang yang nak dibalut ditengah2 kemudian dilipat atau dipintal mengikut kretiviti.

Gambar di atas, hasil kerja tak profesional Kak Zai. Gambar di bawah ialah pameran di sebuah kedai Jepun di KLCC. Kain yang mereka guna ialah Japanese cotton, harga sekepuing RM45.

Bagi mereka yang menjahit pasti ada banyak kain perca, apa kata kita kumpul kain perca, gunting bentuk empat segi ikut saiz yang sesuai, kemaskan tepiannya dengan cara kelim..jahit piping atau jahit tepi biasa.
Simpan kain ni dan bila perlu balut hadiah atau bekas makanan.


Sunday, August 18, 2013

AIDILFITRI 2013 - RUMAH TERBUKA DI PUSAT KESIHATAN CERAGEM SHAH ALAM


Kimbab

 Nasi dari beras Korea, minyak bijan
 Bijan

 Kepingan kim atau rumpai laut kering


 Bahan2 isi kimbab
 Kimchi






 Mak tiri..Puan Aishah Park ialah pemilik Ceragem




Berkumpul sebahagian adik beradik di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 di Pusat CERAGEM  Shah Alam. Alamat No 64-1, Jalan Nelayan B, 19/B , Seksyen 19, Shah Alam. 
Tel 03 55426669.

Antara hidangan yang disediakan ialah 'kimbab'. Sejenis makanan Korea yang dibalut depan tetamu. Kulit luar ialan 'kim' iaitu kepingan rumpai laut kering, nasi dari beras Korea atau Jepun, hirisan telur, lobak putih, daiging kisar, sayur bayam, isi ketam, minyak bijan dan bijan.
Mengenyangkan.



Saturday, July 20, 2013

KITAR SEMULA T SHIRT LAMA



 Pagi tadi tolong anak kemas almari baju dia, pastu t shirt yang dia tak nak pakai diasingkan. Kemudian kak zai dapat idea nak buat 'hanging pockets/organiser'


Caranya:
 Gunting tangan t shirt di bahu.

 Terbalikkan t shirt dan lipat ke atas. Ada lipatan di belakang dan hadapan.

 Pin bahagian ketiak dan tengah.

 Ini 2 tangan tadi, dicantum jadi poket.


 Poket dari tangan t shirt tadi dimasukkan kedalam lubang t shirt sebelah bawah. Jahit embroidery. Jahit juga di bahagian ketiak.


Siap.....semua sekali ada 7 poket.
Apa yang boleh disimpan dalam poket2 ni?
Macam2 boleh :)

Kalau gantung dalam almari boleh simpan:
Stokin..seluar kecik..baju kecik..anak tudung...etc etc
Boleh semat brooch di bahagian luar...kan senang cari dan pilih.

Kalau gantung di dapur boleh simpan:
Tuala..tissue paper..buku nota..pen..etc etc

SELAMAT MENCUBA

KITAR SEMULA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...