KELAS JAHIT TELEKUNG

Wednesday, March 31, 2021

Telur Masinh



Cara buat telur masin

Mudah saja.

Pastikan telur itik dibasuh bersih.

Rebus garam kasar dengan air. Anggaran sesudu garam untuk sebiji telur.
Sejukkan air garam tadi.

Susun telur itik ke dalam bàlang yang bersih.

Tuang air larutan garam yang sudah sejuk ke dalam bàlang berisi telur.

Pastikan paras air melepasi telur. Jika telur terapung, letak pemberat contoh plastic berisi air.

Biar telur itik terendam selamat 2 minggu. 

Selepas tempoh tersebut, keluarkan telur dari rendaman air garam.

Sudah boleh dimakan.

Lobak Masin

Where do I begin?
To tell the story of why I stopped eating lobak masin 😁

Hampir 17 tahun yang lalu.. seorang kawan yang meniaga bihun sup bagitahu jangan makan lobak masin dan taugeh yang dijual di market.

Orang Kedah kata market, orang Selangor kata pasar 😊...penjual atas market bgtau dia, jangan beli sebab tak halal. Cara proses tak halal.

Sejak itu makcik kau pun tak makan lobak masin, taugeh kadang2 terbabas jugak..😅

Tahun lepas, 2020...terjumpa dalam fb orang Islam jual lobak masin, orang Kedah. Makcik kau pun ode 5 bungkus. Alhamdulillah sedap dan dimasak makan tanpa was was.

Lepas habis tak ode dah sebab stok dia selalu habis, kena tunggu.

Minggu lepas, nampak lobak putih di para pasar raya, teringat nak cuba buat lobak masin sendiri.

Untuk cara buat, makcik kau google search, jumpa video di YouTube by Indonesian Chinese.

Ooo..tak susah pun.

Basuh bersih lobak, belah 4 atau lebih.
Ambik garam halus, lumur ke lobak.
Lepas tu kau tenyeh..adus..ini perkataan Kedah jugak.. takpa janji faham. Kau tenyeh dan tenyeh ke setiap hirisan lobak. Tujuan supaya garam menyerap ke dalam lobak.

Lepas tu kau susun atas talam ke, loyang ke, penapis ke dan jemur di halaman di bawah terik matahari.

Jemur 4 ke 5 hari hingga lobak kecut dan bertukar warna.

Lobak masin dalam gambar kurang cantik sebab cuaca banyak redup dari panas.
Apapun rasa ok dan paling penting hasil tangan sendiri.

Kawan2..cubalah 😊

Halalkan toyiban tu wajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...