Satu perjalanan yang sangat menarik. Melawat pondok pondok di Pattani sambil memberi sumbangan wang dan telekung wakaf AlKhairiyah.
Perjalanan bermula 10 malam dari tempat berkumpul iaitu Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.
2 bas eksekutif Sani Ekspres.
Sampai ke destinasi pertama Darul Ulum Pokok Sena dah masuk waktu Subuh, Tak sempat solat berjemaah. Rugi jugak sebab Subuh di hari Jumaat sambil musafir.
Hujan mengiringi kami sehingga melepasi sempadan.
Laluan sempadan yang digunakan ialah Banprakob.
Hujan masih turun bila kami sampai di pondok pertama. Ketika muslimin pergi ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat, muslimat di jamu makan tengahari.
Kami daftar masuk ke CS Hotel Pattani. Pemilik dikatakan seorang Muslim.
2 malam kami menginap di hotel ini. OK selesa.
Sebelah petang melawat Masjid Kerisek yang sejarahnya berdarah. 34 pemuda mati syahid mempertahankan masjid ini. Kesan tembakan banyak terdapat di dinding batu bata merah.
Tiada baikpulih masjid selepas tragedi supaya masyarakat dan pelawat tidak lupa kekejaman tentera Siam.
Selepas Masjid Kerisek, kami melawat Makam Tok Panjang. Diriwayatkan, Tok Panjang ialah penasihat kepada Sultan. Satu ketika difitnah dan Sultan tanpa menyiasat telah memerintah Tok Panjang dibunuh dan mayat dibuang ketengah laut. Kuasa Allah, jenazah Tok Panjang terdampar di pantai. Penduduk kampung mandi dan cuba kapan tetapi jenazah menjadi panjang dan panjang hingga terpaksa dilipat. Akhirnya jenazah ditanam dan kuburnya memang panjang.
Begitulah kisahnya sebagaimana diceritakan dari mulut ke mulut.
Menjelang malam kami ke Pondok Bermin. Dijamu makan malam yang sedap. Nasinya lembut dibalut dalam plastik. Lauk tomyam, sambal belacan dan ulaman. Ada kuih seperti bengkang tapi tak pasti bahannya. Lembut dan sangat sedap.
Selesai penyampaian sumbangan wang dan sekotak telekung, kami bergerak ke hotel untuk bersihkan diri dan solat jamak Isya/Maghrib.
O ya...ketika sampai kami disambut barisan pelajar lelaki dengan dendangan Selawat.
Kisah hari ke2..bersambung.