Setiap tahun untuk tahun yang ke 7 dan Majlis yang ke8 (2012 ada 2 majlis) Masjid Ak Khairiyah menganjurkan program Nikah Perdana.
Pasangan hanya perlu membayar RM1K sebagai wang penyertaan dan RM160 untuk jurunikah.
Mereka dapat set pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan yang mengandungi kain 4 meter untuk pakaian pengantin perempuan, kain untuk veil. Untuk lelaki, kain 5 meter untuk baju melayu, sampin dan brooch untuk songkok.
Kos juga termasuk makanan untuk 50 orang tetamu.
Sangat berbaloi berbanding kos RM1K.
Bertambah menarik ialah majlis akan dapat liputan media.
Untuk kelancaran majlis, taklimat dan raptai perlu diadakan.
Kita tunggu majlis pada 11/9/18 bersamaan 1 Muharram.