Masih ada permintaan uuntuk kelas anyam atau sulam tudung saji jadi kelas kedua diadakan pada hari Rabu 1/11/17.
4 orang peserta termasuk saya :)
Saiz tudung saji yang digunakan ialah berukuran 12 inci diameter.
Saiz ini memerlukan 6 gulung riben lebar 1/4". Seeloknya guna 2 warna berbeza supaya lebih menarik.
Menganyam tudung saji tidak susah tetapi ia memerlukan kesabaran dan ketelitian.