KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, October 30, 2016

KULIAH DHUHA DAN SOLAT TASBIH KE 3 MUSLIMAT MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK









Program terakhir khas untuk muslimat anjuran Helwa Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.

Penceremah Ustazah Ros Izanuri yang sememangnya rapat di hati muslimat semua.


Wednesday, October 26, 2016

SEPAGI DI TASIK METROPOLITAN KEPONG





Ketika menghampiri hujung track, nampak seorang perempuan berjalan sambil diikuti seekor anak kucing yang comel.

Bijaknya dia, berjalan tanpa perlu diikat.  

Puan dia panggil "mocha...mocha"

O..nama dia mocha, sesuai sangat.

Monday, October 24, 2016

KENDURI KAWIN DI KARANGKRAF 23/10/16










Jemputan kenduri anak bos Karangkraf, Dato Hussamuddin Yaacub dan keluarga sempena majlis menyambut menantu.  Perkahwinan anak bongsu lelaki. Muda lagi baru 23 tahun. Semoga ia satu ikatan yang dirahmati Allah.

Hadiah yang diberi ialah senaskah Al Quran Terjemahan.  Sungguh ia suatu pemberian yang memberi manfaat kepada penerima juga pahala kepada pemberi.


PASAR CHOW KIT 22/10/16

















Lama juga tak ke Pasar Chow Kit. Sudah berwajah baru dengan gerai gerai yang lebih tersusun.

Pasar Chow Kit ni, apa yang takda, kalau nak cari buah buahan, sayur sayuran, ulam ulaman yang segar datanglah ke sini.

Pelbagai bahan untuk buat jamu sendiri pun ada.  Halia bara, temulawak, ibu kunyit, ibu kunci dan banyak lagi. 

Kalau nak masak cara kampung, carilah bahan di sini. Petai, rebung, jering semua ada.

Peniaga buah tak lokek menghulur buah buahan untuk di rasa.  Bila dah rasa sedap manis semua tentulah nak beli.  Akhirnya banyaklah beg plastik yang dijinjang pulang.


Friday, October 7, 2016

TAMAN METROPOLITAN, KEPONG.















Taman Metropolitan, Kepong juga dikenali sebagai Taman Layang layang sebab hujung minggu ramai berekreasi dan main main layang layang di sini.

Setiap pagi dan petang ramai warga yang tinggal berdekatan bersenam di tasek ini.  Ada trek yang baik untuk jogging, cycling, brisk walking. 

Selepas Subuh ramai warga emas terutama orang Cina akan bersenam. Bersungguh sungguh mereka menjaga kesihatan.

Jika kita berjalan keliling tasek, jarak lebih sikit 3 Km. Berpeluh. Kalau naik basikal boleh buat 2 round jika larat.


Monday, October 3, 2016

NIKAH PERDANA 2016 MASJID AL KHAIRIYAH SEI GOMBAK




























NIKAH PERDANA 2016 BERSAMAAN 1 MUHARRAM 1438

Sempena awal Muharram 1438, bermulalah kehidupan suami isteri 10 pasangan muda yang telah diijabkabul dalam satu majlis yang meriah di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.

Setiap pasangan membayar RM1K untuk majlis termasuk makanan untuk 50 tetamu, 2 pasang pakaian pengantin, penggunaan bilik nikah.

Persiapan majlis dilakukan beberapa bulan sebelum majlis. Tahniah kepada  semua yang terlibat menjayakan majlis dari awal sehingga akhir.




10 pasangan
Bergandingan
Diikat dengan lafazan

Semoga mereka hidup aman damai dan bahagia sehingga akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...