KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, November 13, 2016

LAWATAN ANTARA MASJID









Masjid Al Khairiyah menerima kunjungan 36 jemaah dari Masjid Al Siraj Batu 23 Sg Nibong, Sabak Bernam pada 12 November 2016.
Kujungan disambut mesra dan mereka teruja bila diberi taklimat tentang pengurusan masjid oleh setiausaha. Mereka juga dibawa melawat ruang ruang masjid.

Saturday, November 12, 2016












































Perca batek ni dah lama beli dengan seorang kawan, dia pengusaha seluar batek dan pelikat.

Untungnya, semua perca sudah digunting mengikut saiz tertentu jadi sangat menyenangkan kerja mencantum.

Beg beg di atas dijahit dengan menggunakan zip 7".  Kain gam digunakan untuk bagi keras sikit juga di alas kain putih lebihan jahit telekung.

InshaAllah akan dijual di masjid Al Khairiyah selepas kuliah Kesempurnaan Solat.

Semua dana akan diserahkan kepada tabung sekolah tahfiz Almarhum Ustaz Fadzil Yamani.

Wednesday, November 9, 2016

MENU MUDAH SAYUR LEMAK ASIN ASIN









Pergi Pasar Chow Kit, macam macam ada. rambang mata.

Nampak sayur asin asin, ini panggilan orang utara. Orang selatan panggil pucuk manis.

Lama tak masak sayur lemak asin asin.  Pasangan dia mesti ada keledek baru sedap. 

Seikat RM2, sayur bertukar dengan duit. Terima kasih ucap si penjual.

4 biji keledek RM4. Santan RM2.


Basuh bersih daun asin asin. Lurut dari tangkai. 

Masukkan daun ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan.

Hiris bawang. Tumbuk sedikit udang kering. Masukkan kedalam periuk.

Masukkan ubi keledek yang di potong dadu.

Rebus hingga ubi hempok (loghat utara).

Pastu masukkan santan pekat, garam. Kacau berterusan supaya santan tidak bergentel atau naik minyak. 

Bila nampak mendidih boleh tutup api.

O ya, belah cili merah dan masukkan ke dalan masakan ketika sedang mendidih.


Sedap makan ini dengan ikan masin.

Yang penting anak anak makan dengan berselera dan pinggan licin.

Lagi satu, sambil masak kita basuh segala perkakas masak. Lepas masak rasa lega. Sinki pun bersih.




Sunday, October 30, 2016

KULIAH DHUHA DAN SOLAT TASBIH KE 3 MUSLIMAT MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK









Program terakhir khas untuk muslimat anjuran Helwa Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.

Penceremah Ustazah Ros Izanuri yang sememangnya rapat di hati muslimat semua.


Wednesday, October 26, 2016

SEPAGI DI TASIK METROPOLITAN KEPONG





Ketika menghampiri hujung track, nampak seorang perempuan berjalan sambil diikuti seekor anak kucing yang comel.

Bijaknya dia, berjalan tanpa perlu diikat.  

Puan dia panggil "mocha...mocha"

O..nama dia mocha, sesuai sangat.

Monday, October 24, 2016

KENDURI KAWIN DI KARANGKRAF 23/10/16










Jemputan kenduri anak bos Karangkraf, Dato Hussamuddin Yaacub dan keluarga sempena majlis menyambut menantu.  Perkahwinan anak bongsu lelaki. Muda lagi baru 23 tahun. Semoga ia satu ikatan yang dirahmati Allah.

Hadiah yang diberi ialah senaskah Al Quran Terjemahan.  Sungguh ia suatu pemberian yang memberi manfaat kepada penerima juga pahala kepada pemberi.


PASAR CHOW KIT 22/10/16

















Lama juga tak ke Pasar Chow Kit. Sudah berwajah baru dengan gerai gerai yang lebih tersusun.

Pasar Chow Kit ni, apa yang takda, kalau nak cari buah buahan, sayur sayuran, ulam ulaman yang segar datanglah ke sini.

Pelbagai bahan untuk buat jamu sendiri pun ada.  Halia bara, temulawak, ibu kunyit, ibu kunci dan banyak lagi. 

Kalau nak masak cara kampung, carilah bahan di sini. Petai, rebung, jering semua ada.

Peniaga buah tak lokek menghulur buah buahan untuk di rasa.  Bila dah rasa sedap manis semua tentulah nak beli.  Akhirnya banyaklah beg plastik yang dijinjang pulang.


Friday, October 7, 2016

TAMAN METROPOLITAN, KEPONG.















Taman Metropolitan, Kepong juga dikenali sebagai Taman Layang layang sebab hujung minggu ramai berekreasi dan main main layang layang di sini.

Setiap pagi dan petang ramai warga yang tinggal berdekatan bersenam di tasek ini.  Ada trek yang baik untuk jogging, cycling, brisk walking. 

Selepas Subuh ramai warga emas terutama orang Cina akan bersenam. Bersungguh sungguh mereka menjaga kesihatan.

Jika kita berjalan keliling tasek, jarak lebih sikit 3 Km. Berpeluh. Kalau naik basikal boleh buat 2 round jika larat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...