KELAS JAHIT TELEKUNG

Thursday, July 26, 2012

SARUNG BAKUL SAMPAH


Lama sungguh tak jahit sarung bakul sampah. Gambar di atas pun dah lama, kalau tak silap tahun 2004. anak masuk UITM, pastu nak hias bilik, maka sarung di atas pun dijahit. Bukan susah nak jahit.. Kita perlu ambil ukuran bakul : ukuran bulatan atas sekali dan ukuran tinggi bakul. 
Ukuran bulatan atas tu di tambah lebihkurang 5". Ukuran tinggi ditambah lebihkurang 4".
Gunting kain mengikut ukuran yang sudah ditambah.
Kita dapat sekeping kain empatsegi, jahit cantum bahagian ukuran tinggi.
Lepas itu jahit lorong untuk dimasukkan getah di bahagian atas dan bawah kain.
Jangan lupa tinggalkan ruang 1" untuk memasukkan pin dan getah.
Jika ingin ropol saperti gambar di atas, gunting kain caorak sama atau warna beza lebar 4" dan panjang 1.5 ukuran bulatan atas. Contoh ukuran bulatan 30" jadi ukuran panjang kain ropol ialah 45".
Cara jahit ropol: Jahit kasar sepanjang kain lepas itu tarik benang sehingga tinggal ukuran kain untuk sarung tadi. Jahit kemasan tepi ropol, sebelah sahaja.
Tanda dengan kapur/pembaris bahagian yang hendak dijahit ropol. Mungkin ropol dijahit di bawah saperti dalam gambar atau di atas, 2" dari mulut bakul. Bahagian ropol yang belum dijahit dilipat ke dalam  1/4" lepas itu jahit ke atas garisan tanda atas badan sarung. 
Kalau ingin lebih hiasan, boleh letak riben kecil atau besar atau mungkin butang.

SELAMAT MENJAHIT :)


Tuesday, July 17, 2012

TELEKUNG KANAK KANAK


Sudah lama tak jahit telekung kanak2, bila dapat permintaan dari kawan FB, rasa teruja pulak nak jahit. Kata mak budak kecik ni anak dia umur 2 tahun..nak ikut mak pergi sembahyang tarawikh nanti. Maknya cari di pasaran tidak jumpa saiz kecik jadi terpaksa oder online. OK..siap dengan beg jerut tu, nanti sembayang elok2 ya..besar jadi anak solehah.

Sunday, July 15, 2012

SATE BOBBIN

Cara menyimpan bobbin menggunakan bahan terbuang..lidi sate, balang kaca.

Friday, July 13, 2012

PROJEK ILMU DAN AMAL JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH TAMAN SRI GOMBAK



Pada 1 Julai 2012, seramai 7 orang ahli group jahit tudung telah berkumpul di Masjid Al Khairiyah Taman Sri Gombak untuk satu projek amal yang dinamakan PROJEK ILMU DAN AMAL JAHIT TELEKUNG.
Peserta membawa mesin jahit sendiri dan juga bahan2 untuk menjahit sepasang telekung. Setelah siap telekung diserahkan kepada pihak Masjid untuk disedekahkan kepada asnaf dalam bulan Ramadhan.
Mudah2an usaha yang sedikit ini akan diberi ganjaran oleh Allah SWT dan ilmu yang peserta perolehi akan digunakan sebaiknya.

Wednesday, July 11, 2012

PERJALANAN UMRAH KU YANG PERTAMA 
MAKKAH AL MUKARRAMAH

Assalamualaikum semua pengujung blog yang dirahmati Allah.

Lama sungguh tak update blog. Selepas bercerita tentang pengalaman di Madinah, hati sangat sayu setiap kali hendak menyambung cerita sehingga ia tertangguh begitu lama. Begitulah setiap insan yang pernah menjejaki 2 Tanah Haram pasti roh terpaut..hingga keinginan untuk pergi lagi dan lagi sentiasa ada dalam diri ini. Anak anak pun kerap bertanya..bila kita nak pergi lagi? InsyaAllah, kita perlu berdoa saperti kita berdoa di Raudhah..di depan Kaabah. Aku ingin ke sana lagi Ya Allah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...