KELAS JAHIT TELEKUNG

Thursday, February 16, 2012

GIVEAWAY...hadiah


Akhirnya kak zai dah siap jahit beg dan sarung bakul sampah untuk para pemenang GIVEAWAY. Mintak maaf banyak2 ya sebab lambat, siapa yang dah bagi alamat kak zai akan pos secepat mungkin. Sebelum pergi Umrah kena tunaikan janji,
Kak zai akan bungkus dulu setiap item pastu baru tulis alamat, dengan cara tu kak zai sendiri tak akan tahu siapa yang dapat beg atau sarung mana.
Apapun semua akan dapat item yang dipilih.

Friday, February 10, 2012

PERJALANAN UMRAHKU...SEDIKIT AMAL MENAMBAH BEKALAN


ok nanti cikgu ajar korang pulak..

sesi menyanyi sebelum pulang

Gambar gambar di atas diambil di Pusat Dalam Komuniti Taman seri Gombak fasa 9.

Kak zai ada banyak kain perca kain lycra jadi dari dibuang elok sedekahkan ke pusat ni. Selepas
menghubungi petugas pusat, hari yang sesuai diplih..maka kak zai pun bawa sebungkus besar perca lycra ke sana. Niat di hati nak ajar kraf, buat tali dan bunga dari kain, jadikan hiasan. Peserta pusat ni terdiri dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai kategori kurang upaya. Daya tumpuan kurang dan tak pandai pegang gunting. Tapi takpa guru2 berminat, jadi kak zai ajar guru2 yang sebenarnya mempunyai anak2 kurang upaya. Di pusat ni ada 2 ibu yang masing2 ada 3 orang anak kurang upaya. Subhanallah yang menduga kita dengan macam2 dugaan mengikut kemampuan kita. Tabik kepada ibu2 dan juga guru2 yang sabar melayan kerenah anak2 istimewa ini.

InsyaAllah selepas pulang dai Umrah kak zai akan melawat lagi.

Monday, February 6, 2012

PERJALANAN UMRAHKU...RIADAH




Subhanallah..Allahamdulillah..Allahuakhbar...

Zikir sambil mengatur langkah beriadah sekitar Taman Tasek Seri Gombak di pagi hari. Nak jogging dah tak larat jadi kak zai brisk walking saja. Ini persediaan jasmani untuk menambah stamina bagi menjalani aktiviti di Madinah dan Umrah di Makkah. Jumlah kilometer untuk sa'ei ialah 3.8, jadi kalau tak buat persiapan jasmani mau tercungap2 nanti. Sambil berjalan kita berzikir, dapat juga pahala.

Taman Tasek seri Gombak ini sangat menarik..ditengah2 ada tasik buatan manusia tapi kurang bersih sebab ada sampah yang mengalir ke dalamnya. Tapi ada pekerja yang membersihkan setiap hari. Cantiknya kawasan ini sebab berbukit dan ada lereng bersimen untuk kemudahan berjogging. Anak2 tangga dituruni dan didaki seolah2 Jabal2 di Tanah Suci...sanggupkah diri ini?
Kita tengok nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...