Syukur alhamdulillah, pada usia ini akhirnya Kak Zai akan menjejakkan kaki ke Tanah suci Makkah dan Madinah. Tarikh yang ditetapkan ialah 26 Februari 2012.
Pada ketika ini semua urusan dan dokumen pejalanan telah selesai diisi dan telah diserahkan kepada ejen umrah iaitu Putra Nilai Holiday Services berpejabat di Prima Gombak.
Taklimat atas permintaan telah dihadiri dan taklimat/kursus perdana akan diadakan pada 19 Februari 2012. Sementara menunggu tarikh penerbangan, aktiviti menjahit tudung diteruskan, ada tempahan mesti disiapkan, kain lycra hitam dan putih menunggu untuk digunting dan dijahit. Memang dalam perancangan untuk jahit sebanyak mungkin tudung Umrah/Haji. Hitam dan putih sahaja. Kak Zai dah beli mesin coverstitch untuk memudahkan jahitan tudung.
Telekung putih dari kain cotton dah siap dan Kak Zai nak jahit telekung hitam pulak kali ni dari kain lycra. Cuaca di Madinah sekarang dingin dan akan berterusan hingga Mac jadi Kak zai nak jahit jubah dari kain cotton spaina dari Korea yang agak tebal dan tak mudah renyok. Baguskan kalau pakaian tak perlu digosok bila kembara.
Nak ke Tanah Suci banyak persedian perlu dilakukan. Wang Ringgit, dokumen perjalanan, pakaian, badan perlu sihat, rohani perlu sihat. Dari sekarang Kak zai dah mula berdoa supaya Allah permudahkan semua urusan, Disihatkan tubuh badan, selamat perjalanan, dapat solat di Raudhah. Nak berdoa dan berdoa, nak berdoa di tempat yang mustajab dan tiada hijab. Berbaik sangka dengan Allah..
Lagi satu yang penting..banyak bertaubat dan solat taubat. Manusia mana yang tak melakukan kesalahan dalam hidup, tak buat yang besar yang kecil mesti ada. Ampunkan dosa2 ku Ya Allah..Ya Ghofur Ya Rohim.
Masa muda mungkin solat tak lengkap...'sila qadho'. Ini nasihat/ingatan Ustaz Abdullah setiap kali kelas di masjid. Ya ustaz saya sedang melakukannya. 'selesaikan yang wajib baru buat yang sunat' ...ya ustaz, saya mesti ingat ni.