KELAS JAHIT TELEKUNG

Wednesday, March 31, 2021

Telur Masinh



Cara buat telur masin

Mudah saja.

Pastikan telur itik dibasuh bersih.

Rebus garam kasar dengan air. Anggaran sesudu garam untuk sebiji telur.
Sejukkan air garam tadi.

Susun telur itik ke dalam bΓ lang yang bersih.

Tuang air larutan garam yang sudah sejuk ke dalam bΓ lang berisi telur.

Pastikan paras air melepasi telur. Jika telur terapung, letak pemberat contoh plastic berisi air.

Biar telur itik terendam selamat 2 minggu. 

Selepas tempoh tersebut, keluarkan telur dari rendaman air garam.

Sudah boleh dimakan.

Lobak Masin

Where do I begin?
To tell the story of why I stopped eating lobak masin 😁

Hampir 17 tahun yang lalu.. seorang kawan yang meniaga bihun sup bagitahu jangan makan lobak masin dan taugeh yang dijual di market.

Orang Kedah kata market, orang Selangor kata pasar 😊...penjual atas market bgtau dia, jangan beli sebab tak halal. Cara proses tak halal.

Sejak itu makcik kau pun tak makan lobak masin, taugeh kadang2 terbabas jugak..πŸ˜…

Tahun lepas, 2020...terjumpa dalam fb orang Islam jual lobak masin, orang Kedah. Makcik kau pun ode 5 bungkus. Alhamdulillah sedap dan dimasak makan tanpa was was.

Lepas habis tak ode dah sebab stok dia selalu habis, kena tunggu.

Minggu lepas, nampak lobak putih di para pasar raya, teringat nak cuba buat lobak masin sendiri.

Untuk cara buat, makcik kau google search, jumpa video di YouTube by Indonesian Chinese.

Ooo..tak susah pun.

Basuh bersih lobak, belah 4 atau lebih.
Ambik garam halus, lumur ke lobak.
Lepas tu kau tenyeh..adus..ini perkataan Kedah jugak.. takpa janji faham. Kau tenyeh dan tenyeh ke setiap hirisan lobak. Tujuan supaya garam menyerap ke dalam lobak.

Lepas tu kau susun atas talam ke, loyang ke, penapis ke dan jemur di halaman di bawah terik matahari.

Jemur 4 ke 5 hari hingga lobak kecut dan bertukar warna.

Lobak masin dalam gambar kurang cantik sebab cuaca banyak redup dari panas.
Apapun rasa ok dan paling penting hasil tangan sendiri.

Kawan2..cubalah 😊

Halalkan toyiban tu wajib.

Tuesday, February 16, 2021

Kebun Kecil Ku


Percubaan untuk tanam pokok pokok dan herba yang diperlukan untuk memasak.

Harap harap tumbuh subur.

Dapat nasihat dari ahli satu group berkebun di Fb. Pokok pandan suka air yang banyak atau tanah yang sentiasa lembab.

Mesti siram pagi dan petang. Seeloknya pasu atau bekas tidak berlubang supaya air tidak mengalir keluar.

Dah silap kat situ, pasu tu kecil, lubang dalam pasu tidak ditutup dengan sempurna. Air mudah mengalir keluar dari bawah.

Takpa kita belajar.

Semua pasu baru tambah tanah baja yang dijual jiran.

Kita tengok perkembangan.




Jangan Membazir Roti


Jangan Membazir

Roti sandwich,  periksa tarikh luput.
Jika dah hampir boleh buat macam ni.

Gunting kecik2.

Hiris bawang besar, lagi banyak lagi sedap..tapi sekarang harga bawang dah mahal (kau tanam sendiri πŸ˜…)

Ada sedikit daun sup. 
Hiris hiris.

Dalam peti sejuk ada sambal tumis udang kering, dah beku...hmm sedap 😁

Panaskan sedikit minyak masak.
Masukkan bawang.
Dah kekuningan, masuk sambal tumis.
(Kalau takda sambal tumis..tumbuk la cabai dengan bawang dan tumis)

Masukkan roti.
Kacau kacau..balik terbalikkan.
Jangan kasi hangit ya..
Jangan dok pegang hp ketika masak..
Ingat tu!

O ya..kalau nak masukkan telur, boleh ketika ni.

Pecah telur sebiji dua ( ingat! Basuh telur)
Kacau dengan garpu dan masukkan ke dalam roti.

Cepat kacau supaya sebati dan tidak hangit.

Ingat! Jangan main hp!

Ambik gambar kena cepat. Gitu.

Ok siap sarapan pagi ini..😊🌹

Sunday, January 24, 2021

BILA SELUAR JEANS ANAK BERLUBANG


Seronok sebenarnya menampal seluar jeans yang koyak atau berlubang.

Gunting sekeping kain dari seluar jeans yang lama. Pastikan saiznya melebihi saiz yang koyak.

Letak kain tampung ini di sebelah dalam seluar. Pin atau jelujur keliling.

Mula menjahit di kawasan yang koyak dengan jahitan ulang alik. Tidak perlu terlalu rapat. 

Jika rapat kawasan tersebut akan jadi tebal.




Sunday, January 17, 2021

CUCUR SARDIN

Anak masak cucur untuk sarapan.

Cucur sardin campur nasi.

Kiranya bahan lebihan makan tengahari di campur aduk dengan tepung gandum.

Serius sedap. Lembut.

Rupa tolak tepi, janji sedap dan mengenyangkan.

Juga paling penting tiada pembaziran.

Wednesday, January 13, 2021

KITAR SEMULA LIDI SATE DAN BOTOL KACA


Projek suka suka kitar semula.

Lepas makan sate, lidi jangan dibuang.
Kita buat sate benang pulak.

Bahan2

Lidi sate
Glue gun dengan plastic glue
Botol kosong

Panaskan glue gun, letak di lidi ikut paras yang sesuai.
Sekejap je dah keras.

Letak dalam botol.
Susun sekoci.

Mudah nak pilih warna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...