KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, August 5, 2018

DEMO MASAKAN PALESTIN DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK





























21/7/18 Biro HELWA Masjid Al Khairiyah menjemput Chef Roza aka Puan Raudhah Roslan untuk sesi demo masakan Palestin.

Nasi Qidra dan Fatoush

Seramai 38 orang jemaah muslimat menyertai demo tersebut.

Untuk mempercepat proses masak, Chef Roza memilih masak ayam dan bukan daging.

Ayam pula mesti kaki atau whole legs, supaya bila dihidang cantik disusun di atas nasi dalam dulang.

Demo dimulakan dengan tazkirah selama 1/2 jam. Ia penerangan mengenai masakan Arab. Chef juga menekankan kepentingan muslimat mempunyai kemahiran memasak dan menjahit.

Para peserta begitu kusyuk mendengar penerangan dan memerhati cara masakan hingga ada yang sanggup berdiri di atas kerusi untuk melihat lebih jelas.

Sementara menunggu nasi dan ayam masak, salad yang dipanggil Fatoush pula disediakan.

Alhamdulillah, 1 kg beras Arab dan 10 ketul kaki penuh ayam cukup untuk dirasa oleh 38 peserta.

Terima kasih kepada Puan Raudhah kerana sudi datang ke Masjid Al Khairiyah dan berkongsi ilmu masakan.

Tiada yuran dikenakan kepada para peserta dan tiada yuran dibayar kepada Chef.  Begitu permintaan beliau.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...