KELAS JAHIT TELEKUNG

Friday, November 3, 2017

KELAS ANYAM TUDUNG SAJI











Masih ada permintaan uuntuk kelas anyam atau sulam tudung saji jadi kelas kedua diadakan pada hari Rabu 1/11/17. 

4 orang peserta termasuk saya :) 

Saiz tudung saji yang digunakan ialah berukuran 12 inci diameter.

Saiz ini memerlukan 6 gulung riben lebar 1/4".  Seeloknya guna 2 warna berbeza supaya lebih menarik.

Menganyam tudung saji tidak susah tetapi ia memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Sunday, October 15, 2017

Aktiviti Helwa Masjid Al Khairiyah Seri Gombak

Melakukan aktiviti kemahiran berjemaah.
Masjid bukan hanya tempat beribadat tetapi ia tempat berkumpul muslimat untuk mendapat ilmu dan kemahiran.

Pada hari Rabu 11/10/17, 8 orang muslimat mendaftar masuk kelas menyulam atau menganyam tudung saji.
Bersemangat masing masing menyiapkan tudung saji dengan gabungan pelbagai warna.

Friday, October 13, 2017

TOMBIRUO THE MOVIE



Sekali sekala melangkah ke pawagam.

Kehebatan promosi filem Tombiruo menarik minat sekeluarga untuk menonton.

Penulis novel Ramlee Awang Murshid memang sudah terkenal walaupun belum pernah membaca mana mana novel beliau.

Jadi pada hari pertama tayangan dibuka kepada umum, kami 4 beranak ke Wangsa Walk untuk menonton.  Tayangan pagi, tak ramai. Tiket sudal beli online.

Dari awal sehingga akhir memang tidak membosankan. Tak sesuai guna ayat tu...bukan membosankan tetapi sangat teruja.

Ikuti review di blog http://www.therafim.com/tombiruo-penunggu-rimba-terbaik/

Wednesday, May 24, 2017

ASSALAMUALAIKUM TV ALHIJRAH










24 Mei 2017

Dapat peluang demo jahit stoking di rancangan ASSALAMUALAIKUM segmen DIY di TV AL HIJRAH.

Kena ada di sana pukul 7 pagi jadi sebelum Subuh bertolak dari rumah. Jalan tak sibuk dengan kenderaan sebab masih awal. 

Pukul 6 pagi sampai di Masjid Negara. Jemaah baru selesai solat Subuh. Subuh awal 5.40 pagi.

Pukul 7 melangkah masuk ke bangunan TV ALHIJRAH .

Pengawal suruh tunggu di lobi.

Kami 3 beranak duduk di sofa sambil pegang hp, biasalah nak buat apa lagi.

Sorang sorang melangkah masuk. Seorang perempuan muda masuk, gaya seperti pengacara, rupa macam kenal, tapi siapa ya?

Akhirnya seorang lelaki melangkah masuk dan pengawal bagitahu tentang kami.

"rancangan diy?' 

"ya"

"jom masuk"

ok...jom kita masuk ke bahagian dalam. Oh..terus jumpa studio.

Ruang yang luas dengan dinding kaca.  Ada 2 sofa. Di sebelah ada meja. 

Susun stoking atas meja,  Mesin jahit mudahalih letak sebelah kiri.

Habuk atas meja disapu dulu.

Test mesin...ok.

Perempuan muda gaya pengacara tadi masuk ke dalam studio..O memang sah pengacara..tapi siapa ya?

Dia tegur.."diy apa hari ni?" " Jahit stoking" "Ok"

Tunggu di luar studio bersama anak anak. Ambil gambar kenangan sikit.

Seorang Tetamu melintas lalu, nampak macam Ibu Ros sorang motivator. 

Kerana belum ada petugas bagi apa apa 'briefing', ajak anak ke tandas cari cermin. Anak tolong 'dab' 'dab' bedak. Pakai lipstick. Ok siap.

Tunggu lagi.

Segmen pertama ialah masak masak. Spagetti apa tah.

Lebihkurang 8 pagi seorang petugas bertanya "dah touch up?"  

"belum"

"ok..jom touch up sikit."

Ibu Ros dimekap sikit sikit  kemudian 'yours truly'. Sedikit touch up blusher, eye shadow, eyebrow..ok siap.

Masuk semula studio selepas dipasang microphone...betul ke dipanggil microphone? alat yang disorok bawah tudung tu.

Siapa pengacara segmen DIY?  FARA FAUZANA..FAFAU rupanya :)

Ok..brief introduction and we were on air. 

Fafau dah pro, kak zai dah faham jahitan. Semua berjalan lancar hanya tak cukup masa untuk jahit tapak stoking. 

Yang penting penerangan sudah diberi.  Harap semua yang menonton faham.  Kalau kurang faham boleh ke youtube channel : ZAIRA ZAI

MAKLUMAN: UKURAN POLA AKAN DIBERI DALAM ENTRY AKAN DATANG.


Monday, May 1, 2017

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017 DI PWTC




















29 April 2017, hari kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hari Sabtu, naik komuter dari Batu Caves, kena turun di stesen Putra. Jalan kaki ke  bangunan PWTC. Deretan bas sekolah dari pelbagai sekolah dan negeri. Masuk ke dalam bangunan, tidaklah sesak sangat.

Dewan pertama dicari tentulah Dewan Tun Hussein Onn di mana buku buku terbitan Karangkraf dipamer dan dijual.

Teruja nak tengok buku Oh Mudahnya Jahit Telekung di rak buku.

Jumpa pembeli buku online beberapa bulan lepas.  Dia kenal dan tegur.  Buku yang dia beli tentulah tinggal kat rumah jadi disuruhnya sain buku kraf mengait hasil tulisan Norhafizan Wan Pani.

Bila berada di medan buku, kita akan berselisih dengan penulis buku.  Antaranya Prof Kamil dan isterinya Roza, mereka bersama tetamu dari Sudan bernama Abla Ibtisam. Mungkinkah ini watak dalam buku tulisan anak mereka?

Jalan jalan ke reruai lain di level 1. Cari buku sahabat facebook yang kawin orang Turki dan tinggal di sana. What's Up Turks tajuk buku.

Jumpa juga buku autobiography Puan Padzilah Enda pengasas Telekung Siti Khadijah. Beli satu untuk bacaan inspirasi.

Pesta Buku berakhir 7 Mei, inshaAllah akan ke sana lagi.

Thursday, April 13, 2017

CORETAN FACEBOOK ~ SUATU PEMIKIRAN


Al kisah, bertembung 2 angin dari arah berlainan di langit. Angin Barat berkata kepada Angin Timur "Lajunya kamu bergerak tadi tapi tak mungkin selaju aku".
Angin 2 merasa sedikit tercalar ego.
Maka berlaku cabar mencabar antara mereka. Awan yang kebetulan berada berdekatan sudah lama memerhati gelagat Angin Barat dan Angin Timur. Suara Angin semakin kuat, Awan hilang sabar.
"Bisingnya kamu berdua. Aku nak cadang satu cara untuk menentukan siapa antara kamu yang lebih kuat"
Angin Barat dan Angin Timur berhenti dari bertengkar.
"Wahai Awan sila cadangkan caranya" ujar Angin Timur.
"Begini, dari tadi aku melihat ada seekor katak di atas sebatang pokok pisang. Lama katak di situ tanpa bergerak".
Awan bersuara, yakin dia sudah menarik perhatian Angin.
"Siapa antara kamu yang boleh jatuhkan katak itu, maka dialah yang kuat".
Angin Barat dan Angin Timur berpandangan. Kemudian berkata serentak kepada Awan.
"kami setuju".
Angin Barat meluru ke arah katak yang sedang berehat di batang pisang dan dengan sekuat tenaga yang ada meniup ke arah katak. Katak terkejut, ketenangannya terganggu. Dia berpaut kuat pada batang pisang. Makin kuat Angin Barat meniup, makin kuat pautan katak. Akhirnya Angin Barat rasa letih dan berhenti meniup.
Angin Timur yang memerhati dari tadi menuju ke arah katak yang kelihatan cemas. Angin Timur mengelilingi pokok pisang. Ditiupnya lembut katak. Katak terlentuk lentuk mengantuk. Pautan katak mula longgar dan lemah. Angin Timur meniup sekali lagi dan katak terkulai jatuh.
Angin Barat merasa marah kerana ternyata sudah kalah. Lalu ia berlalu pergi.
Awan tersenyum dan berkata kepada Angin Timur..."Sungguh bijak kamu. Benarlah bagai dikata, akal mengatasi kekuatan"
Angin Timur membalas senyuman Awan dan terus berlalu.
(Cerita ini dibaca berdekad dekad yang lalu, sudah tidak ingat dari sumber mana. Cerita rakyat, dongeng rakyat yang ada pengajaran jika difikir fikirkan)

CORETAN FACEBOOK~ SUATU PEMIKIRAN

    Bila datang hasutan syaitan, cepat2 ingat mati, bayangkan lubang kubur.
    Apa amalan nak bawa ke sana?
    Hari2 buat dosa tanpa sedar, dengan sedar.
    Sibuk la Malaikat, campur tolak campur tolak..apa baki?
    Coretan hari Rabu.
    Pukul 8.30 pagi sampai Masjid. Buka je pintu Muslimat Centre, melintas sekumpulan lelaki mengusung keranda.
    Allahuakbar.
    Berita kematian kerap dibaca.
    Di kalangan anak kariah pun ramai jugak.
    Melintas bilik mandi jenazah. Mayat terbaring di tempat mandian. Sudah mandikah? Sekilas pandangan, nampak seperti sudah dikapan. Atau hanya balutan.
    Assalamualaikum diucapkan sambil melangkah untuk ke bilik seminar.
    Sungguh dan sesungguhnya...mati itu satu kepastian.
    Mat Salleh ada kata "design your death"
    Kita umat Islam kata "berdoalah, untuk dapat husul khatimah, akhir kalam, kalimah Lailahaillallah."
    Jadi macam mana?
    Sibukkan Malaikat dengan urusan campur campur..biar baki sentiasa dalam credit.
    (tak nak kejar dunia)
    LikeShow more reactions
    Comment
    Comments
    Zai Amaludin Sebutlah Innalillah...sebutan penuh bila mendengar, melihat kematian juga bila berdepan apa saja musibah.
    LikeReply314 hrs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...