KELAS JAHIT TELEKUNG

Wednesday, May 24, 2017

ASSALAMUALAIKUM TV ALHIJRAH










24 Mei 2017

Dapat peluang demo jahit stoking di rancangan ASSALAMUALAIKUM segmen DIY di TV AL HIJRAH.

Kena ada di sana pukul 7 pagi jadi sebelum Subuh bertolak dari rumah. Jalan tak sibuk dengan kenderaan sebab masih awal. 

Pukul 6 pagi sampai di Masjid Negara. Jemaah baru selesai solat Subuh. Subuh awal 5.40 pagi.

Pukul 7 melangkah masuk ke bangunan TV ALHIJRAH .

Pengawal suruh tunggu di lobi.

Kami 3 beranak duduk di sofa sambil pegang hp, biasalah nak buat apa lagi.

Sorang sorang melangkah masuk. Seorang perempuan muda masuk, gaya seperti pengacara, rupa macam kenal, tapi siapa ya?

Akhirnya seorang lelaki melangkah masuk dan pengawal bagitahu tentang kami.

"rancangan diy?' 

"ya"

"jom masuk"

ok...jom kita masuk ke bahagian dalam. Oh..terus jumpa studio.

Ruang yang luas dengan dinding kaca.  Ada 2 sofa. Di sebelah ada meja. 

Susun stoking atas meja,  Mesin jahit mudahalih letak sebelah kiri.

Habuk atas meja disapu dulu.

Test mesin...ok.

Perempuan muda gaya pengacara tadi masuk ke dalam studio..O memang sah pengacara..tapi siapa ya?

Dia tegur.."diy apa hari ni?" " Jahit stoking" "Ok"

Tunggu di luar studio bersama anak anak. Ambil gambar kenangan sikit.

Seorang Tetamu melintas lalu, nampak macam Ibu Ros sorang motivator. 

Kerana belum ada petugas bagi apa apa 'briefing', ajak anak ke tandas cari cermin. Anak tolong 'dab' 'dab' bedak. Pakai lipstick. Ok siap.

Tunggu lagi.

Segmen pertama ialah masak masak. Spagetti apa tah.

Lebihkurang 8 pagi seorang petugas bertanya "dah touch up?"  

"belum"

"ok..jom touch up sikit."

Ibu Ros dimekap sikit sikit  kemudian 'yours truly'. Sedikit touch up blusher, eye shadow, eyebrow..ok siap.

Masuk semula studio selepas dipasang microphone...betul ke dipanggil microphone? alat yang disorok bawah tudung tu.

Siapa pengacara segmen DIY?  FARA FAUZANA..FAFAU rupanya :)

Ok..brief introduction and we were on air. 

Fafau dah pro, kak zai dah faham jahitan. Semua berjalan lancar hanya tak cukup masa untuk jahit tapak stoking. 

Yang penting penerangan sudah diberi.  Harap semua yang menonton faham.  Kalau kurang faham boleh ke youtube channel : ZAIRA ZAI

MAKLUMAN: UKURAN POLA AKAN DIBERI DALAM ENTRY AKAN DATANG.


Monday, May 1, 2017

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017 DI PWTC




















29 April 2017, hari kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hari Sabtu, naik komuter dari Batu Caves, kena turun di stesen Putra. Jalan kaki ke  bangunan PWTC. Deretan bas sekolah dari pelbagai sekolah dan negeri. Masuk ke dalam bangunan, tidaklah sesak sangat.

Dewan pertama dicari tentulah Dewan Tun Hussein Onn di mana buku buku terbitan Karangkraf dipamer dan dijual.

Teruja nak tengok buku Oh Mudahnya Jahit Telekung di rak buku.

Jumpa pembeli buku online beberapa bulan lepas.  Dia kenal dan tegur.  Buku yang dia beli tentulah tinggal kat rumah jadi disuruhnya sain buku kraf mengait hasil tulisan Norhafizan Wan Pani.

Bila berada di medan buku, kita akan berselisih dengan penulis buku.  Antaranya Prof Kamil dan isterinya Roza, mereka bersama tetamu dari Sudan bernama Abla Ibtisam. Mungkinkah ini watak dalam buku tulisan anak mereka?

Jalan jalan ke reruai lain di level 1. Cari buku sahabat facebook yang kawin orang Turki dan tinggal di sana. What's Up Turks tajuk buku.

Jumpa juga buku autobiography Puan Padzilah Enda pengasas Telekung Siti Khadijah. Beli satu untuk bacaan inspirasi.

Pesta Buku berakhir 7 Mei, inshaAllah akan ke sana lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...