KELAS JAHIT TELEKUNG

Friday, April 6, 2018

BUKIT TINGGI, PADANG 6 - 8 MARCH 2018












































































Trip ke Bukit Tinggi 6 hingga 8 Mac 2018.

Tahun lepas trip pada bulan Februari.  Ramai..geng penjahit telekung seramai  hampir 30 orang termasuk para suami yang ikut sekali.

Kali ini kami ke sana 4 orang sahaja.

Lebih santai, tak perlu ikut jadual.

OK..flight pagi 7.25.  Seawal 2 pagi dah sampai ke KLIA2 sebab anak hantar.  Pagi dia kerja jadi lebih baik Kak zai dan anak bongsu tunggu kawan kawan seperjalanan di airport.

Normah dan Simah ni datang dari utara. Seorang dari Alor Setar, seorang lagi dari Tasek Glugor, P. Pinang. Dua dua asal Negeri Sembilan, memang dorang kenalan lama.


Sebenarnya trip 2017 diketuai Normah yang sudah biasa ulang alik ke Bukit Tinggi.

Penerbangan tepat mengikut jadual. Satu jam sahaja. Sempat makan sarapan yang ditempah awal. Pastu dan siap nak mendarat.

Waktu Malaysia satu jam lebih awal dari waktu Padang. Jadi kami sampai pada lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Normah dah tempah supir dan kenderaan MPV, jadi selepas ambil beg dah disapa supir. Dah lupa nama dia.

Berapa kos..IDR650,000 untuk supir dan kenderaan dari pagi sampai malam. Maksudnya dia jemput kita, dia bawa ke tempat tempat menarik, bawa ke hotel check in, simpan beg pastu bawa kita ke tempat makan, tempat nak shopping.  Tujuan kami ke Bukit Tinggi ialah untuk beli renda jadi tumpuannya ialah Pasar Aur Kuning.

Harga renda di Pasar Aur Kuning sememangnya murah jika dibanding dengan harga di Malaysia. Ada beberapa kedai di tingkat bawah juga tingkat atas yang menjual renda jadi kena rajin jalan jalan dan cari. Harga berbeza juga antara kedai, ada juga yang sama.

Kita beli dan barang akan dihantar ke hotel penginapan. Bagitahu nama hotel saja, hari yang sama atau keesokan akan dihantar dengan selamat tanpa extra charge.

Kali ni Normah dan Simah bawa ke kedai makan di seberang Pasar untuk makan Nasi Kapau, ok sedap. Menarik, ada masakan perut lembu yang diisi dengan telur kemudian dimasak berkuah.  Di mana saja kita makan akan disediakan semangkuk air untuk cuci tangan.  Setiap seorang satu mangkuk. Di Bandung pun sama caranya. Lebih bersih.

Rindunya nak minum jus avocado tapi kedai nasi kapau ni hanya sediakan minuman biasa. Memang dari Malaysia dah pasang niat nak minum jus avocado sebanyak mungkin.

Berapa harga segelas...hanya IDR10,000 bersamaan RM3 atau pada masa tu tak sampai pun RM3 sebab pertukaran IDR1 juta bersamaan RM294.

Datang Indonesia kita jadi jutawan :)

Berjalan sungguh kami berempat pada hari pertama.  Terasa masa panjang. Kami ke Pandai Sikek disebelah petang. Pandai Sikek satu pusat untuk pelancongan yang mempamer dan menjual hasil tangan tempatan. Tempatnya agak jauh di pendalaman, dikelilingi sawah, bukit dan gunung. Sangat nyaman mata memandang.

Bukit Tinggi ialah kawasan gunung berapai yang masih aktif. Tanahnya subur menghasilkan tanaman yang segar. Pertanian adalah antara pekerjaan penduduk tempatan. Sebab itulah buah buahan murah dan jus pun murah.

Supir kami yang namanya sudah lupa, setia menemani kami ke mana saja kami ingin singgah. Kami singgah makan kue neraka yang enak, macam lempeng, ada dicampur kelapa.  Kenapa dipanggil nama jolokan kue neraka? sebabnya cara masak guna api atas dan bawah. Dimasak guna periuk tanah dan bahan bakarnya kayu.

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah ke beberapa kedai menjual mukena (telekung), kain batik, baju sulam dan sebagainya.

Hotel kami tinggal bernama Grand Kartini. Oklah untuk bed and breakfast. Jarak jalan kaki je ke Jam Gadang, Pasar Atas yang terbakar juga Ramayana Mall. Permandangan gunung berapi memang cantik bila ada awan menutup sebahagiannya kemudian berarak pergi.

Tentang hotel...akan ada peniaga peniaga di luar yang menunggu pelancong untuk membeli dagangan mereka. Mereka rajin dan sangat bertolak ansur antara peniaga. Itulah juga diceritakan anak anak muda yang menjual rantai kunci, fridge magnet ketika menginap di Gran Malindo tahun lepas.

Apa kami buat di hari ke2? Ke Pasar Aur Kuning menggunakan 'angkut'. Angkut ini merupakan van kecil tanpa pintu. Ada kerusi panjang di sebelah dalam. Nak masuk kena tunduk, nak keluar pun kena tunduk bongkokkan badan. Tambang IDR3000..kalau duit kita berapa sen ya?

Ketika pulang ke hotel kami naik angkut juga dan pemandu angkut sungguh dare devil. Laju sungguh dan agak bahaya sebab dia pandu disebelah kanan, ikut arus bertentangan. Hon hon hon sepanjang jalan. Gadis Indonesia yang duduk bertentangan pejam mata agak lama, agaknya banyak berdoa untuk keselamatan. Kami? terkejut dan teruja..teruja? Satu pengalaman.

Malam hari ke2 kami jalan kaki cari murtabak mesir, hari hujan walaupun tak lebat pada mulanya. Sedap ke murtabak mesir...boleh lah.  Yang sedap ialah jus avocado yang pekat. Jus sirsak pun sedap. Sirsak ialah durian belanda.

Perjalanan pulang ke hotel, hujan makin lebat. Sempat juga beli t shirt untuk anak anak lelaki.

Hari ke3, hari untuk bersiap untuk pulang. Packing segala renda yang dibeli juga cenderahati. Timbang beg beg...pastikan tak melebihi berat cargo yang dibeli. Masing masing beli 25kg sahaja. Apa yang kecil dan ringan bawa naik sebagai hand luggage.

Check out pukul 10 pagi tapi kenderaan sampai hampir 11pagi. Kami sewa mpv IDR300,000 lebih. Kena ke Padang awal ditakuti macet (jalan jem) tapi pejalanan smooth saja. Sempat lagi Simah suruh pemandu berhenti beli manggis di tepi jalan.

FLIGHT DELAY!

Sepatutnya terbang pukul 4.20 ptg tetapi hujan amat lebat dan kapalterbang dari Kuala Lumpur tak dapat mendarat ikut jadual dan terpaksa berlegar di udara. Disebabkan cuaca penumpang kena bersabar dan akhirnya terbang pulang selepas jam 5.  Begitulah...bila alam menguasai masa dan aturan.

ALHAMDULILLAH.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...