KELAS JAHIT TELEKUNG

Tuesday, March 20, 2018

LAWATAN ANAK ASNAF DAN ANAK YATIM KE KARANGKRAF SHAH ALAM


























Memenuhi cuti sekolah yang baru bermula pada 17 Mac 2018, pihak HELWA Masjid Al Khairiyah telah mengatur satu lawatan ke Karangkraf Shah Alam.

Peserta lawatan terdiri daripada 31 anak asnaf juga anak yatim di dalam qariah Masjid. Mereka diiringi 3 AJK HELWA.

Bas bertolak lebihkurang pukul 8.15 pagi dan sampai hampir tepat pukul 9 pagi.

Anak anak disuruh masuk ke Karangkraf Mall untuk melihat buku, majalah dan lain lain barangan
keluaran Karangkraf.

2 orang pelajar praktikal memberi penerangan awal dan mengiringi sepanjang lawatan.

Rombongan dibawa melawat semua bahagian penerbitan.  Dari bahagian wartawan, berita, surat khabar dan majalah, creative studio and innovation, photography, printing, binding.

Anak anak teruja di bahagian CSI di mana graphic designer menunjukkan cara gambar gambar diedit dan juga animation. Bahagian photography juga menarik perhatian mereka, ramai bertanya pelbagai soalan kepada abang abang jurugambar yang tak jemu melayan dan menjaab soalan yang diajukan.
Sesiapa yang bertanya soalan akan dapat hadiah memo pad atau buku.

Bahagian cetakan surat khabar Sinar Harian agak panas, bagaimana agaknya pekerja yang bertugas di bahagian ini, nampak ada kipas kipas besar untuk bagi keselesaan.

Bahagian cetakan memang luas, kertas dalam gulungan besar, helaian kertas siap dicetak, buku yang siap dijilid memenuhi ruangan. Ada juga sekumpulan pekerja Bangladesh di satu ruang.  Tugas mereka memadam kesilapan cetakan di atas helaian mukasurat Al Quran.

Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan di cafe juga hadiah senaskah Al Quran.

Sempat bertemu Puan Firdaus Dato' Hussamuddin Eksekutif di Media Karangkraf juga anak Bos.

Banyak ilmu yang anak anak perolehi dari lawatan ini. Satu pendedahan berharga yang mungkin boleh membentuk minat dan kecenderungan mereka bila meningkat usia.

Selepas lawatan Karangkraf, anak anak di bawa ke Laman Seni di Seksyen 7.  Laman Seni ini adalah dinding dinding bangunan yang dilukis mural. Satu permulaan yang baik tetapi belum dapat menandingi Art Street di Pulau Pinang atau di Melaka.

Selepas itu rombongan ke Taman Seni bersebelahan Masjid Sultan Sahaluddin Shah.

Selepas solat Zohor, kami makan nasi tomato yang dihantar oleh caterer masjid ke Shah Alam.

Perjalanan pulang, anak anak ada yang tidur dan ada yang masih aktif.

Sampai Masjid Al Khairiyah lebihkurang 3.45 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...