KELAS JAHIT TELEKUNG

Wednesday, November 9, 2016

MENU MUDAH SAYUR LEMAK ASIN ASIN









Pergi Pasar Chow Kit, macam macam ada. rambang mata.

Nampak sayur asin asin, ini panggilan orang utara. Orang selatan panggil pucuk manis.

Lama tak masak sayur lemak asin asin.  Pasangan dia mesti ada keledek baru sedap. 

Seikat RM2, sayur bertukar dengan duit. Terima kasih ucap si penjual.

4 biji keledek RM4. Santan RM2.


Basuh bersih daun asin asin. Lurut dari tangkai. 

Masukkan daun ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan.

Hiris bawang. Tumbuk sedikit udang kering. Masukkan kedalam periuk.

Masukkan ubi keledek yang di potong dadu.

Rebus hingga ubi hempok (loghat utara).

Pastu masukkan santan pekat, garam. Kacau berterusan supaya santan tidak bergentel atau naik minyak. 

Bila nampak mendidih boleh tutup api.

O ya, belah cili merah dan masukkan ke dalan masakan ketika sedang mendidih.


Sedap makan ini dengan ikan masin.

Yang penting anak anak makan dengan berselera dan pinggan licin.

Lagi satu, sambil masak kita basuh segala perkakas masak. Lepas masak rasa lega. Sinki pun bersih.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...