Balik Kulim baru ni, kak zai pergi ziarah seorang kawan, junior masa di Sekolah Badlishah dulu. Banglo setingkat atas tanah lot. Keliling rumah ditanam bermacam pokok herba dan hiasan. Seronoknya..kalau nak masak tak perlu nak beli di pasar. Pandan ada..daun kunyit ada..halia ada..serai ada..pokok limau purut pun ada.
Di KL/Selangor ni sebiji limau purut boleh jadi dijual dengan harga RM1. Jadi, bila Kak zai nampak buah limau ni bergantungan di pokok, Kak zai pun mintak sikit. Alhamdulillah dapat 8 biji. Terima kasih Nuriah.
Nak buat apa dengan limau purut?
OK...cuci rambut..gosok badan...gosok ketiak.
Rambut berbau wangi sampai 4 hari. Tak percaya cubalah. Kak zai dah bertahun tak guna shampoo sebab was was.
Lepas habis guna, kulit limau purut letak dalam satu bekas dan biarkan dalam bilik mandi.........Wangi!
No comments:
Post a Comment