Lama sungguh tak jahit sarung bakul sampah. Gambar di atas pun dah lama, kalau tak silap tahun 2004. anak masuk UITM, pastu nak hias bilik, maka sarung di atas pun dijahit. Bukan susah nak jahit.. Kita perlu ambil ukuran bakul : ukuran bulatan atas sekali dan ukuran tinggi bakul.
Ukuran bulatan atas tu di tambah lebihkurang 5". Ukuran tinggi ditambah lebihkurang 4".
Gunting kain mengikut ukuran yang sudah ditambah.
Kita dapat sekeping kain empatsegi, jahit cantum bahagian ukuran tinggi.
Lepas itu jahit lorong untuk dimasukkan getah di bahagian atas dan bawah kain.
Jangan lupa tinggalkan ruang 1" untuk memasukkan pin dan getah.
Jika ingin ropol saperti gambar di atas, gunting kain caorak sama atau warna beza lebar 4" dan panjang 1.5 ukuran bulatan atas. Contoh ukuran bulatan 30" jadi ukuran panjang kain ropol ialah 45".
Cara jahit ropol: Jahit kasar sepanjang kain lepas itu tarik benang sehingga tinggal ukuran kain untuk sarung tadi. Jahit kemasan tepi ropol, sebelah sahaja.
Tanda dengan kapur/pembaris bahagian yang hendak dijahit ropol. Mungkin ropol dijahit di bawah saperti dalam gambar atau di atas, 2" dari mulut bakul. Bahagian ropol yang belum dijahit dilipat ke dalam 1/4" lepas itu jahit ke atas garisan tanda atas badan sarung.
Kalau ingin lebih hiasan, boleh letak riben kecil atau besar atau mungkin butang.
SELAMAT MENJAHIT :)
saya pun da lama tak buat sarung bakul ni..kene try buat semula sebelum terlupa teknik..
ReplyDelete