KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, March 18, 2012

PERJALANAN UMRAH KU YANG PERTAMA..DI KOTA MADINAH AL MUNAWARAH

Madinah yang indah..langit tanpa awan, ada bulan ada bintang..

Dataran depan Masjid Nabawiyah..waktu malam payung semua ditutup.
Masjid disebelah kanan..sebelah kiri deretan hotel.

Dataran Masjid Nabawiyah..Jemaah mula mengambil tempat. Kalau lambat kena solat di luar.

Cantik...

Sebelum masuk waktu solat..masih belum ramai jemaah.

Pemandangan waktu siang di Masjid Nabawiyah. Perhatikan payung semua terbuka untuk melindungi jemaah dari pancaran matahari. Tapi waktu di bulan Februari suhu masih rendah.


Sementara menunggu bas untuk ziarah luaran..kita bergambar dulu.


Cuaca teduh...

Ramai jemaah..

Perkuburan Baqi' di mana para Anbiya'..Syuhada' dan beberapa orang isteri Rasulullah saw dikebumikan.

Lagi perkuburan Baqi'..hanya lelaki dibenarkan masuk sejak kebelakangan. Puncanya ada jemaah wanita dari negara Timur Tengah yang menangis dan meraung bila masuk ke kawasan ini.

Bayangan anak lelaki Kak Zai yang mengambik gambar.

Gambar waktu malam..beg ungu tu uncang kasut.

Waktu Subuh..pukul 4 pagi dah penuh di dalam Masjid Nabawiyah


WASEL ALREEM..Hotel penginapan kami di Madinah..hanya 5 minit berjalan kaki ke Masjid.

Jinak2 merpati..nak tangkap dia lari..merpati memang banyak di luar Masjid.


Ziarah luaran..Masjid Qubah, masjid pertama dibina Rasulullah saw bina bila tiba dari Makkah.

Macam2 jenis kurma ada dijual di luar Masjid Qubah.

Perang Uhud di mana tentera Muslimin kalah disebabkan pemanah2 melanggar arahan Rasulullah saw supaya tidak meninggalkan puncak bukit walau apapun terjadi.
Saidina Hamza bapa saudara Rasulullah saw terbunuh dan dada beliau ditoreh dan jantung dikeluarkan dan dimamah oleh Hendon yang jahat. Walaupun Hendon akhirnya memeluk Islam, dia diusir oleh Rasullah saw kerana perbuatannya.

Di mana ada pengunjung di situ ada peniaga..cuaca panas di sini.

Kurma lagi...

Bukit Uhud mengikut cerita Mutawif kami ialah satu2 bukit yang akan masuk syurga nanti.

Ziarah luaran..di ladang kurma..3 bayang anak2 Kak Zai.

Selain pelbagai jenis kurma, ada macam2 jenis coklat di sini..Makan percuma sebanyak yang makan dimakan. Lepas tu beli setakat mampu di poket.

Coklat yang berwarna warni balutannya. Rasanya tak banyak beza.

Ketika bas kami sampai, belum ramai di dalam kedai..tetapi dalam sekelip mata beberapa bas jemaah Indonesia sampai dan suasana jadi bising dan sesak sangat.

Malam terakhir di Masjid Nabawiyah selepas solat Isya'


Selepas sampai di Terminal Haji di Jeddah, rombongan yang menaiki Emirate telah sampai 3 jam lebih awal. Kasihan terpaksa menunggu kami 4 beranak. Solat Maghrib pastu terus naik bas ke Madinah. Perjalanan sepatutnya 5 jam tapi mengambil masa lebihkurang 7 jam. Kami berhenti di suatu tempat yang susah nak sebut nama. Hajat nak guna tandas tapi terpaksa ditangguhkan.
Berderet bas yang membawa jemaah dari pelbagai negara..disebabkan keletihan Kak Zai tak ambil gambar.
Bas terpaksa tunggu satu rombongan dari Kedah yang bas mereka rosak di tengah jalan. Sampai di hotel lebihkurang 2 pagi.

Nama hotel Wasel Alreef. Bilik selesa, 4 katil.
Oleh kerana terlalu letih kami solat subuh di bilik. Selepas sarapan pagi kami 4 beranak buat lawatan sendiri ke Masjid Nabawiyah..5 ke 7 minit jalankaki je.
Jemaah tak ramai, sampai ke pintu masjid akan ada petugas wanita berjubah hitam dan berniqab hitam memeriksa bag yang dibawa. Kamera dan handphone yang ada kamera dilarang bawa masuk. Handphone biasa tak jadi masalah. Kalau nak bawa juga pandai2 sorok dalam tudung atau anak telekung. Telekung berlapik dada kak zai jahitkan poket berzip, anak tudung pun ada poket berzip jadi takda masalah nak simpan hp yg ada kamera.
Setelah melangkah masuk kami solat sunat Tahyatul Masjid, solat Hajat, solat Taubat dan membaca doa2 yang dikirim kawan2.
Suara petugas wanita nyaring menyebut nama pelbagai negara..Turkiya! Iran! Arab! India! Pakistan!..Ibu!..sini ibu! rupanya petugas ni kenal dari mana jemaah datang dari pakaian dan rupa paras. Kalau dipanggil Ibu! tahulah maksud mereka jemaah Malaysia atau Indonesia.
Kenapa nama2 negara dipanggil? rupanya untuk diletak dalam kumpulan. India, Pakistan, Bangladesh satu kumpulan, Turki, Iran, Iraq satu kumpulan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura satu kumpulan. Kumpulan2 ni akan menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah yakni makam Rasulullah SAW.
Jika ada lebih info atau pergi ke masjid dengan orang berpengelaman pasti kami dah dapat masuk Raudhah pada pagi pertama tu.

Walaubagaimanapun pada hari kedua, dengan dibimbing seorang ustazah asal Indonesia, kami dapat juga menjejak kaki ke Raudhah...rupanya didalam tempat suci itu masih bising dengan jeritan petugas wanita, para jemaah dan para pengiring. Bila nampak permaidani hijau, kita kena cepat2 solat sunat, sunat taubat, sunat hajat..takda masa nak cari tempat selesa. Ada ruang, niat terus solat..sujud saja di mana ada sikit ruang. Kalau bukan petugas masjid, pengiring kumpulan lain yang akan menyuruh kita keluar. Jadi semua kena cepat!

Oh ya..banyak2 selawat kepada Rasulullah SAW ketika di Masjid Nabawiyah..bayangkan kita begitu hampir dengan Baginda. Bayangkan kita hidup sezaman dan menjadi antara orang yang pertama menganut agama Islam. Perasaan ini terbawa2 ketika menziarahi Bukit Uhud. Kekalahan tentera Mukmin, Kejahatan Hendon, Kematian Saidina Hamza yang begitu tragis.
Mungkinkah kita antara srikandi yang ikut berperang?
Mengikut mutawwif (orang Indonesia) Bukit Uhud adalah satu2 bukit yang akan masuk Syurga kelak.

Kalau nak beli kurma, belilah di Madinah, kurma disini lebih segar dan ini diakui orang Mekah sendiri. Tapi kalau boleh beli di pasar kurma yang tak berapa jauh dari Masjid Nabawiyah. Harga di pasar kurma lebih murah berbanding di ladang kurma.

OK cerita pasal ladang kurma di luar kota Madinah, kami dibawa dengan bas dan ketika sampai mungkin ada 2 atau 3 buah bas yang sampai lebih awal. Didalam ladang ada sebuah kedai yang menjual macam2 jenis kurma..dan macam2 coklat..dan lain2 manisan. Kita nak makan banyak mana pun boleh. Jadi apa lagi rombongan kami pun makan itu makan ini..sedar2 kedai dah penuh dengan orang Indonesia yang datang dengan beberapa buah bas. Nak cari bakul kosong untuk isi barang pun susah waktu ni. Tak sanggup bersesak macam tu jadi tugas membayar diserahkan kepada anak lelaki. Jumlah belian 200 lebih Riyal. Tak banyak jika dibanding dengan orang lain.

bersambung..



2 comments:

  1. sempat ke perkuburan baqi' yer..
    saya tak sempat..makcik taknak bawa...seronokkan kat sana..siang panas...tp malam sejuk mendamaikan jer kann...
    rindu nak ke sana lagik...rasa kepala tak seserabut dok kat sini..huhhuhu

    ReplyDelete
  2. salam ... saya amat mermelukan bilik yg dekat masjid nabawi dan pintu masuk untuk perempuan. dalam lingkugan RM 230 kebawah. harap dapat membantu... ini alamat emailsaya haizam_mohd@yahoo.com .. terima kasih banyak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...