KELAS JAHIT TELEKUNG

Tuesday, March 15, 2011

BILA TUKANG JAHIT PATAH TANGAN...



Malang tak berbau kata perpatah...kalau sesuatu perkara ditakdirkan belaku, elak macam mana pun ia tetap berlaku..tak cari tapi dia tetap menunggu.

6 Februari hari Ahad, lebihkurang pukul 11.45 pagi, kak zai nak ke Subang Jaya melawat keluarga.
Biasanya naik LRT ke KL SENTRAL pastu naik KTM komuter ke sana, hari tu entah macam mana nak naik bas pulak.

Lepas turun bas di kawasan KOTARAYA, lintas jalan depan CENTRAL MARKET menuju BUS STAND KLANG...di situ lah malang menunggu.....laluan yang sedikit curam dan berpasir menyebabkan kak zai tergelincir..jatuh terduduk...tangan kiri menahan jatuh...aduh! sakit! tengok pergelangan tangan dah sikit bengkok dan bengkak.

Tak dapat bangun sendiri..datang seorang lelaki asing mungkin dari Bangladesh tolong bagi berdiri...telefon anak2 suruh datang ambil. Perlu tempat nak duduk sambil menahan sakit. Lintas jalan menuju CENTRAL MARKET, ada balai polis bergerak..dah tak tahan berdiri jadi mintak izin anggota di situ untuk duduk di kerusi. Ramai orang lalulalang pandang...apa la makcik ni buat di van polis. Sempat jugak sembang pasal English League dengan budak2 polis tu...amboi! makcik pun minat bola!

Anak datang terus bawak ke HKL...lepas Xray memang sah tulang patah di dua tempat atas sikit dari pergelangan tangan. Masuk wad separa kritikal..petang antara pukul 3- 4 baru dibetulkan tulang dan diplaster. Sebelum tu tengok lelaki India kena betulkan tulang tangan..menjerit budak tu. Alamak...takutnya! cakap dengan doktor 'makcik takut la'. Jadi masa nak betulkan tulang tu, kak zai dibius dulu..sedar2 tangan berplaster sampai atas siku.


Kak zai terpaksa tolak tempahan menjahit tudung ibadah yang baru dipromosi. Tapi kelas menjahit diteruskan. Peserta tak kisah cikgu patah tangan jadi 'on' je.. Azura dari Manjung, Su dari Jengka..dan sempat gak buat demo di PDK KAMI Jalan Gombak. PDK ialah pusat dalam komuniti untuk kanak2 cacat...demo pulak untuk cikgu2 dan ibu2 yang berminat. Kata seorang peserta 'cikgu pun cacat' :)

Sekarang dah 5 minggu...doakan kak zai cepat pulih ya kawan2.



7 comments:

  1. salam,kak..
    moga akak cepat sembuh yer...:-)

    ReplyDelete
  2. wsalam yana..amin. harap2 gitu le.

    ReplyDelete
  3. Siannya kak zai.. baik2 ya. Take care.

    ReplyDelete
  4. kak zai...laaa zu baru tahu nih...mcm mana la ni...harap2 cepat semboh naaaaa. kasihan kak zai.

    ReplyDelete
  5. ET..kalau blh lukis katun kak zai patah tangan kan bagus :)

    zu..lbh baik la ni tp tak berani nak ambik tempahan lg.

    ReplyDelete
  6. salam zai..
    lama tak brtanya khabar.bukn lupa..masa yg x mengizinkan.
    kesian zai.harap cepat sembuh dan banyakkan berehat ye.

    ReplyDelete
  7. salam kakyon..dok rehat 1 bulan lebih ni...kelas jht je on.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...