KELAS JAHIT TELEKUNG

Sunday, November 13, 2016

LAWATAN ANTARA MASJID









Masjid Al Khairiyah menerima kunjungan 36 jemaah dari Masjid Al Siraj Batu 23 Sg Nibong, Sabak Bernam pada 12 November 2016.
Kujungan disambut mesra dan mereka teruja bila diberi taklimat tentang pengurusan masjid oleh setiausaha. Mereka juga dibawa melawat ruang ruang masjid.

Saturday, November 12, 2016












































Perca batek ni dah lama beli dengan seorang kawan, dia pengusaha seluar batek dan pelikat.

Untungnya, semua perca sudah digunting mengikut saiz tertentu jadi sangat menyenangkan kerja mencantum.

Beg beg di atas dijahit dengan menggunakan zip 7".  Kain gam digunakan untuk bagi keras sikit juga di alas kain putih lebihan jahit telekung.

InshaAllah akan dijual di masjid Al Khairiyah selepas kuliah Kesempurnaan Solat.

Semua dana akan diserahkan kepada tabung sekolah tahfiz Almarhum Ustaz Fadzil Yamani.

Wednesday, November 9, 2016

MENU MUDAH SAYUR LEMAK ASIN ASIN









Pergi Pasar Chow Kit, macam macam ada. rambang mata.

Nampak sayur asin asin, ini panggilan orang utara. Orang selatan panggil pucuk manis.

Lama tak masak sayur lemak asin asin.  Pasangan dia mesti ada keledek baru sedap. 

Seikat RM2, sayur bertukar dengan duit. Terima kasih ucap si penjual.

4 biji keledek RM4. Santan RM2.


Basuh bersih daun asin asin. Lurut dari tangkai. 

Masukkan daun ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan.

Hiris bawang. Tumbuk sedikit udang kering. Masukkan kedalam periuk.

Masukkan ubi keledek yang di potong dadu.

Rebus hingga ubi hempok (loghat utara).

Pastu masukkan santan pekat, garam. Kacau berterusan supaya santan tidak bergentel atau naik minyak. 

Bila nampak mendidih boleh tutup api.

O ya, belah cili merah dan masukkan ke dalan masakan ketika sedang mendidih.


Sedap makan ini dengan ikan masin.

Yang penting anak anak makan dengan berselera dan pinggan licin.

Lagi satu, sambil masak kita basuh segala perkakas masak. Lepas masak rasa lega. Sinki pun bersih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...